manusia banyak ragamnya. Ada yang nampak baik di luar, perangai macam syaitan..
ada yang nampak buruk tapi hati banyak bunga...
tiada siapa pun yang tahu perangai sebenar seorang manusia ni.
Melainkan dirinya dan Tuhan sahaja yang tahu.
Serta malaikat yang menjaga buku catatan harian kita (ceh.. macam dakwah pula..)
cuba teliti diri kita sebaik-baiknya..
pernahkah kita menyakiti orang lain?
berbuat jahat terhadap orang lain?
atau mempermainkan hidup mati orang lain?
topeng pada asalnya adalah untuk mempertahankan diri sendiri daripada ancaman orang lain. Tetapi apabila disalahgunakan, ianya akan mendatangkan keburukan kepada orang lain. Musang yang bertopengkan manusia contohnya. Banyak. Berkeliaran di luar sana mencari mangsa yang masih mentah dan belum arif lagi dengan permainan dunia. Berwaspadalah dengan manusia yang bertopeng-topengan ini. Mulut manis macam gula tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Dunia...dunia... Sedar-sedarlah satu hari nanti kita semua pasti akan kembali pada pencipta. Salam..
p/s: terlupa. post ini tiada kaitan dengan post di atas.. terima kasih kepada kawan yang cakap muka saya cool macam cucumber tu. hehe... You open my eyes, dude!! Thanks bro.. :D
TOPENGAN



0 comments:
Post a Comment