.ini entry tengah hari.
Perempuan menangis sebab:
1. family.
2. orang yang dia sayang ( siapa2 jer.. kawan, pet..)
3. kecewa.
4. terlampau gembira.
5. kegagalan.
Tetapi dalam sejarah hidup saya, saya menangis sebab:
1. kena tipu.
2. tak pandai menipu ( teringat kes tukar bilik dulu.. awww...)
3. kecewa.
4. marah yang terlampau sangat sampai tak terkata.
5. sedih bila tengok orang lain nangis... ( kadang2 bila tengok cerita hindi@korea.. purrr)
6. Kena marah. ( saya takut dimarah... = __= )
Perempuan memang dilahirkan lembut. Sekasar-kasar mana pun perempuan tu, disebalik semua tu ada kelembutan. Sebab itulah apabila perempuan marah, dia tidak akan merajuk lama-lama...Lagi-lagi dengan orang yang dia sayang. Tapi kalau selalu sangat dah buat dia marah, engkau rasa engkau layak ke dimaafkan? cermin diri dulu yer... Satu lagi. kalau engkau marah dia hari-hari tanpa sebab dan musabab yang dapat diterima akal, engkau rasa engkau layak ke dapat kata-kata kemaafan dari dia? Mula-mula memang la dia minta maaf... Tapi bila terus-terus dipersalahkan atas kesalahan yang tidak logik disisi akal, orang pun pandai bosan juga tau. Lagi-lagi bila dia pujuk, engkau buat dek je... Bila orang tak pujuk, engkau naik hangin satu badan. hmm... Satu lagi, perempuan diam je bila awak tipu dia bukan sebab dia tak tahu atau dia bagi green light untuk awak menipu lagi. Dia bagi chance untuk awak berterus terang. Perempuan, bila berkata-kata.. Kata-katanya itu berbisa... Faham-faham sendiri la ba bila kena sindir tu. Takkan tak faham lepas buat kesalahan... Tu namanya tak sedar diri. Kadang-kadang perempuan marah, dia diam je. Bagus jangan cari masalah bila dia diam. Dia diam sebab tak nak gaduh. Bukan sebab tak nak layan. Tapi bila dia diam, engkau siram pula minyak atas api yang tengah membara. Bukankah itu cari penyakit namanya? Lastly, perempuan bila dia cakap dia sayang, ertinya dia memang sayang. Bukan hanya sekadar omongan kosong sahaja. Sebab tu la bila dia sudah sayang dengan orang tu, dia susah untuk melupakan.
Boys, don't take girls for granted. Appreciate them for who they are, not just having them for fun. They put a big trust on you, why can't you just give back something that worth their trust? Think... Before it's too late to turn back the time.
GIRLS



0 comments:
Post a Comment