Sunday, May 22, 2011

PERSONALITI INDIVIDU

akibat terpengaruh dengan EDU 3102... akhirnya saya pun naik perut sebab tekanan belajar last minute... hahaha!!


menurut Carl Gustav Jung:
terdapat tiga jenis personaliti iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.
saya rasa saya jenis ambivert sebab saya seimbang... ceh.. haha... sebab nak cakap saya mesra, saya kurang mesra alam... tapi bergantung juga dengan persekitaran.. nak cakap suka bercakap.. pendiam pula [ perasan diri] .. boleh la tahan diam kalau dengan orang yang saya kurang rapat... huhu.. Jadi ambivert la tu kan... tengah2 atas pagar...

kalau ikut teori personaliti psikoanalisis oleh Sigmund Freud...
entah.. tak dapat describe sebab dia asyik cakap pasal helah bela diri dengan peringkat perkembangan personaliti [ yang tenaga libido tuh... saya tak faham sebab macam lebih kepada lelaki jer.. haha]...
nak cakap saya mengalami elektra kompleks dulu pun susah sebab saya tak rapat dengan mana-mana...
wakakaka~~

pas tu kalau ikut teori trait Gordon Allport pula...
hurmmm... lagi pelik sebab dia cakap pasal 3 jenis trait jer...
trait kardinal ( authoritarian ), trait pusat ( murung, jujur, sabar... ) dan trait sekunder.

si Raymond Catell pula ada sebut pasal 16 PF ( personality factors)... dan dia da ulas sikit pasal trait permukaan.. trait yang kita dapat tengok dan jangka... contoh pembengis... [ ceh.. ntah betul ke tak yg saya tulis ni.. ]


teori humanisme pula cakap manusia ni baik dan berkembang ke arah kesempurnaan dan kebaikan.
 Si Maslow cakap ada dua keperluan yang mempengaruhi personaliti iaitu:
1. keperluan kekurangan [ kasih sayang, fisiologi, penghormatan diri..]
2. keperluan kewujudan [ pengetahuan, estetika, penyempurnaan kendiri]
sekiranya keperluan kekurangan tidak dipenuhi, maka seseorang individu akan kurang bermotivasi untuk memenuhi keperluan kewujudan... faham?? kalau tak faham baca buku perkembangan kanak-kanak oleh Hazliza dan Joey N Samuel untuk maklumat lanjut. 

teori behavourisme oleh skinner pula mengandaikan tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan dan cenderung ke arah keseronokan. Tingkah laku manusia pula ditentukan oleh persekitaran. COntohnya masyarakat. Pengalaman awal penting bagi membentuk personaliti yang seimbang. 

perkembangan kendiri:
terdapat 2 jenis konsep kendiri... kendiri positif dan kendiri negatif... yang positif tau-tau sendiri la... semua yang positif tu adalah konsep kendiri positif manakala kendiri negatif pula terbahagi kepada dua iaitu, melibatkan pandangan individu terhadap dirinya [ tidak teratur..] dan konsep kendiri negatif yang stabil.
hurmmm.... rasa2nya konsep kendiri saya semua negatif pasal saya  tettt... dan tettt.... dan tettt... macam tiada yang positif ni... aduinaaa.... memang terukla saya punya perkembangan kendiri ni kali... huhu...

okey, nexy: 

tadi saya da cakap pasal Sigmund Freud punya  teori dan dia da juga tulis teori pasal helah bela diri.
terdapat 16 jenis kesemuanya iaitu [ rasional, sublimasi, pemindahan, projeksi, introjeksi, kompensasi, represi, regresi, fantasi, penyangkalan dan identifikasi dan akhir sekali keagresifan..] Helah bela diri ni penting kunun dalam mempertahankan diri dari ancaman... biasala tu kalau manusia mau bela diri sendiri...

hurmm... tia tau mau cakap apa sudah sebab ni ja yang saya belajar setakat ni... tak termasuk kanak-kanak keperluan khas dan bab awal tu... kira ka tu ar sebab saya tak  ingat pun..
huhu.. susahnya mau hafal teori-teori ni... atuukoi...
matai oku... huhu..
(T  ..   T)
ba, chow dulu.. mau sambung belajar bab lain... Good luck Maths Maniac.. Jangan ada yang gagal lagi.. huu
[ditujukan kepada diri sendiri...]
tadaa~~


0 comments:

Post a Comment