Tuesday, July 12, 2011

A LONG REST

[ saya nak berlatih tulis new post menggunakan bahasa yang sebetulnya.]

masa berlalu sangat pantas sehingga tanpa disedari hujung bulan semakin hampir, juga menandakan yang usia semakin meningkat walaupun pada realitinya tiada perubahan dari aspek kematangan. ternyata kehidupan di rantau orang tidak membawa apa-apa perubahan positif kepada diri ini kecuali dari aspek negatif. mungkin satu hari nanti diri ini akan menyedari bahawa tidak semua apa yang berlaku adalah buruk. Tuhan sengaja menguji umatNya untuk melihat sejauh mana umatNya mampu bertahan. 

saya bukanlah seorang orang optimis, mampu menerima apa yang berlaku dengan pandangan yang positif. tetapi saya tidak juga sentiasa berfikiran negatif sepanjang masa. Hanya keadaan yang sukar menyebabkan keputusan yang sering diambil mengecewakan. mungkin saya patut amalkan konsep berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan dan bukannya mengambil keputusan dengan berpusatkan hati semata-mata.

mungkin benar kata orang baik buruknya sesuatu perkara itu pasti ada hikmahnya... Jika bukan sekarang, mungkin pada masa depan. 




0 comments:

Post a Comment