Monday, September 19, 2011
BILA SAKIT MEROYAN DATANG BALIK
alkisahnya bermula apabila saya stress menyiapkan asimen BI. bukan tak suka BI. hanya rasa kecik hati je dengan seseorang. jadi rasa kecik hati tu menyebabkan saya tiada mood nak pegang asimen yang sebenarnya takla susah sangat. hanya buat analysis sahaja .
sampai kelas tambah lagi stress. tak mau cerita kenapa. kononnya nak ubat rajuk di hati dengan melantak di cafe. tapi nak pergi makan di cafe pun tak jadi pasal tak bawa dompet. perghhh!!! >:(
ahh... stress!!! sangat sangat stress!! sebab stress yang melanpau-lampau sampai tahap meroyan, akhirnya pergi keluar menghilangkan stress berjalan-jalan window shopping. sempat beli baju baru. tadi ada jumpa benda baru. nak beli tapi terfikir juga kalau-kalau orang tu dah ada. tak nak beli kalau sudah ada benda yang sama. mana tau tak jadi beli pula bila orang tu lambat reply mesej.dah la orang kedai tu cakap last stock... hmmm... tidak apalah evone. dia macam nak beli sendiri... makan hati sikit dibuatnya... :(
kemudian pergi menghilangkan stress dengan menonton Johnny English. Tu pun stress juga pasal kenapalah dia ni bengap sangat ah?? [ macamla pandai sangat kan nak kutuk orang len bengap.] macam nak hentak kepala je dekat kerusi depan pasal stress giler. syai cakap muka saya serius giler time tengok cerita tu. iyerla... cerita lucu sepatutnya ketawa. ni buat muka berkerut sejuta depan skrin. perghhh!!
habis bermovie, pergi main basketball street. tu pun stress jugak. stress tengok bola tu bergolek punya lembab. sempat lagi tersangkut. tambah lagi level stress sampai bola tak masuk ring dan akhirnya menyebabkan tak cukup masa untuk menghabiskan target. perghh!! otaila sangat main basketball tu. paling-paling pandai baling masuk je. lama dah tak main. berkarat dah skill. bayangkan sejak sekolah rendah. lepas tu langsung tak nak pegang atau kejar bola keranjang tu lagi. kalau dapat gerko bola keranjang pun just duduk tepi gelanggang je tengok orang. fobia kowt.. huhu... :/
lepas tu hilang sikit stress dengan melalak di KBOX. fuuhhh. nyanyi lagu kotak. nyanyi ganti-ganti sebab bayar bilik kongsi-kongsi. paling best nyanyi lagu unfaithful ramai-ramai.
habis nyanyi pergi makan ayam mayonis favorit. lama dah tak makan. sejak semester 3. macam setahun sudah. :(
balik jam dah dekat 9.30. siok pula stress keluar jalan-jalan. tapi duit terbang melayang. hurrrmmm.... esok ada BIG [ Bina Insan Guru] fasa 2 [ khidmat masyarakat kalau tak silap ]. pergi pantai. tak pasti tanjung lipat atau tanjung aru. yang tau dua-dua ada tanjung. nak tidur awal tapi pagi tadi lepas habis kuliah dah terlebih bayar tol tidur. jadi nak merapu di blog pasal tiada FB. FB hanya menambahkan stress sahaja. boleh gila masuk bukit padang kalau tak tahan iman.
p.s: abaikan bahasa saya yang agak kasar ni yaaa.... saya tau ayat saya bukan macam ayat perempuan. apa boleh buat, tekanan perasaan punya pasal. chiow...
p.s.s: saya dapat merasakan esok saya akan lebih meroyan dari hari ini. hmmmm... selamat malam.
please jangan buat saya tertekan lagi... :((



0 comments:
Post a Comment