orang cakap:
cinta itu macam
makan sambal belacan pedas.
walaupun pedas sehingga mengalirkan airmata,
tetap mahu dimakan juga
cinta itu kadang-kadang macam
makan pisang goreng
sedap tatkala panas
bila sejuk kurang enaknya
cinta itu juga macam
permainan politik
sebelum pilihan raya janji macam-macam
habis pilihan raya janji tinggal kenangan
atau macam blogger
follow me, follow you back
tapi saya suka cik Nurul punya
saya bilang: benci tapi mahu
diendah ia datang
dikejar ia lari
digenggam ia pecah
dipeluk ia lemas
cinta buat kita lupa semuanya
lupa pada Tuhan
lupa pada abah, lupa pada mama
lupa pada keluarga
juga lupa pada sahabat
cinta itu boleh buat orang baik jadi jahat
orang jahat kembali bertaubat
orang sihat menjadi sakit
yang lemah menjadi gagah
yang hodoh menjadi indah
yang kasar menjadi lembut
tapi bila terluka
cinta itu buat orang waras jadi gila
yang hidup terasa mati
orang boleh cakap apa-apa sahaja pasal cinta. orang cakap bercinta tu jangan terlalu cinta. cinta pada agama harus jadi utama. macam saya cakap mula-mula, orang boleh cakap apa-apa saja. sebab lain orang, lain rasanya. lain orang, lain caranya. tapi janganlah menyalahgunakan rasa cinta itu untuk menghancurkan hidup orang.
ORANG CAKAP CINTA ITU MACAM...



2 comments:
cinta tu merepek je. Eheh! hahah
@kura
haha.. tak pernah bercinta ke en kura2? :)
Post a Comment