![]() |
| source: weheartit.com |
Sila abaikan penggunaan "kau" untuk entri kali ini.
Tadi terbaca satu post oleh blogger mengenai ciri-ciri wanita sebagai teman hidup.
tetapi sedarkah lelaki bahawa jika inginkan perempuan yang betul-betul baik sebagai teman hidup, pastikan diri sendiri itu juga baik. Jangan jadi hipokrit. Orang kan selalu cakap: Perempuan yang baik perilakunya adalah untuk lelaki yang terbaik juga.
Jadi kepada yang tersesat seketika dibawa arus dunia ini, siapa yang nak ambil sebagai teman hidup jika semua inginkan yang terbaik? Mungkin agak kasar untuk saya mengatakan ini: Jika ingin wanita yang baik sebagai teman hidupmu, jagalah mereka yang dekat denganmu agar lelaki lain yang di luar sana pun berpeluang untuk mendapatkan teman hidup yang baik juga. Tiada gunanya jika anda inginkan yang terbaik tetapi anda merosakkan yang lain sepanjang perjalanan untuk mencari yang terbaik.
Saya agak terkilan bila ada orang cakap begini:
Kalau nak cari teman berseronok, cari yang sedang-sedang saja. Kalau nak cari teman hidup, carilah yang beriman dan yang menutup aurat serta menjaga pergaulan.
Kalau semua mentaliti lelaki Malaysia macam ni, habislah masa depan perempuan kita, terutamanya yang naif. Kalau orang buat adik kau macam ni, kau tak rasa macam nak sepak terajang saja kah orang yang buat adik kau macam tu? Kalau kau dah kahwin nanti, orang rosakkan anak perempuan kau sebab anak kau tersilap pilih jalan seketika, kau tak rasa macam nak tembak orang tu guna short gun saja kah?
You want the best. But yet you ruin others life that deserve someone better than you. Love is not a game. Sex is not for fun. Kalau kau sendiri inginkan teman hidup yang baik, begitu juga dengan orang lain. Don't be selfish. Semua orang nak bahagia, nak kahwin. Nakkan pasangan yang baik.
Everyone deserve happiness. Past is past. Kalau dia dah insaf, balik ke pangkal jalan, itu pun sudah kira baik juga. Jangan kerana tersilap selangkah dua, orang lain terus jatuhkan hukuman berat kepadanya.
Terdetik seketika, jadi lelaki ni kan, kau masih teruna kah, kau sudah tak terunakah, who cares. Tapi bila pilih pasangan hidup, kau cares gila pasal masih dara ke tak. Kalau kau masih lagi teruna, kau memangla layak lagi untuk memilih. Kalau kau sudah tak teruna, tapi masih lagi mau memilih, kau memang tak sedar diri. Kau dah rosakkan orang lain, masih lagi mimpi nakkan yang suci murni. Kau memang tidak layak. Kau rasa yang suci murni tu deserve kau ka? Ndak. Dia lagi deserve someone better than you.
Orang yang tersesat tetapi kembali ke pangkuan jalan adalah lebih baik dari yang tidak sesat dan merasakan hidupnya sudah cukup baik kerana orang yang tersesat itu, dia sedar akan kesilapannya dan bertaubat, manakala orang yang merasakan dirinya baik itu tidak sedar akan kesilapannya dan tidak bertaubat.
Saya hanya luahkan apa yang saya rasakan bila baca comment orang pasal entri blogger tu. Kau hukum orang lain sedangkan hidup kau sendiri tak sempurna. Kau memang munafik. Saya sendiri bukanlah orang yang baik untuk menilai orang lain.
TEMAN HIDUP



0 comments:
Post a Comment