| Source: weheartit.com |
Geramnya rasa hati bila tau semua barang-barang penting musnah. Macam sia-sia saja usaha selama ini menyediakan folder MQA, folder PBS, folder BIG dan sekutu-sekutu yang memakan beratus ringgit untuk disiapkan. Barang-barang peribadi, barang-barang kuliah, baju-baju semua hancur. Lemas ketika banjir seminggu di Selangan Kaca.
Bayangkan mendobi baju sahaja sudah RM49.00. Belum termasuk yang dicuci dengan menggunakan tangan lagi, yang telah dibuang sebab terlalu hancur dan yang tertinggal di bilik sebab terlupa nak bawa sekali. Sakit hati. Baju hadiah birthday orang bagi pun hancur. Biarpun diclorox, dibilas, disabun lagi guna Dynamo, masih lagi terdapat kotoran degil. Baju hadiah tu. Bukan senang orang nak bagi baju macam tu saja. Lainlah kalau jenis yang tidak menghargai pemberian orang.
Banyak perbelanjaan semester ini.
Banjir di Selangan Kaca bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi kenapa masih lagi nak guna ground floor sebagai stor? Bila dah berlaku bencana, tiada apa-apa tindakan yang diambil. Malah, seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. Sudahlah elaun pun lambat masuk. Bertahan sahajalah...
* * *
unrelated post:
shame on you Evone...
Shame on you...
BANJIR



0 comments:
Post a Comment