Wednesday, March 7, 2012

ORANG BERTANYA


weheartit.com

Orang tanya: Kenapa deactivate facebook? 

Berterus terang saya katakan di sini. Pada mulanya saya deactivate facebook kerana masalah peribadi. Terlalu peribadi kerana ini melibatkan orang lain. Saya bukannya seorang yang dapat mengawal emosi seperti sesetengah orang yang seakan-akan tidak kisah kepada apa yang berlaku di sisi mereka. Saya mungkin dapat berpura-pura seperti tidak mengetahui, tetapi kepura-puraan itu selalunya tidak kekal lama kerana pada akhirnya, bersembur juga segala yang terpendam di hati ini, dan keluar melukai hati orang lain. 

Lama kelamaan kehidupan tanpa facebook pun sebenarnya menyeronokkan. Tiada lagi isu gambar diketengahkan. Tiada lagi terbaca post status yang meledakkan perasaan. Tiada jemputan untuk bermain games. Paling penting: Email tidak penuh dengan notification dari facebook. Lagipula, tiada lagi sesi luahan hati dan perasaan di facebook home. Jadi kehidupan sekarang adalah lebih privacy dibangdingkan dahulu kala. 

Orang juga mempersoalkan kenapa saya bergambar menutup muka. Okey... Saya suka akan privacy. Saya tidak suka apabila gambar-gambar saya diupload di facebook untuk dilihat oleh orang lain selain dari mereka yang betul-betul mengenali dan dikenali. Kalau gambar itu hanya sekadar koleksi di dalam album kenangan, mungkin saya akan bergambar secara normal. Ini kerana di facebook anda, tidak semua mereka yang menjadi  sahabat facebook anda merupakan kenalan rapat anda. I won't share anything to those I don't really know.

Mungkin saya akan ketinggalan kerana tiada fb. Iya, saya sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi apa yang saya cuba katakan di sini, tidak semua benda yang kamu capai, yang kamu buat, yang kamu miliki perlu kamu tunjukkan kepada orang lain. Sedar atau tidak, perbuatan anda itu menimbulkan rasa cemburu orang lain. Mungkin niat anda hanya sekadar untuk berkongsi. tetapi, berkongsilah sekadar apa yang harus dikongsikan bersama sahaja. Saya berterus-terang, saya juga akan berasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain kerana saya hanya manusia biasa yang melalui pelbagai cobaan dalam hidup. Sekian. 


p.s: saya bukannya jenis orang yang suka bersosial dengan orang lain. Jadi mustahil untuk memiliki ramai kawan yang betul-betul dikenali. 

0 comments:

Post a Comment