Monday, April 2, 2012

AKU VS ANNOYED



Sila abaikan penggunaan 'aku' dan 'kau' dalam entri ini.

Aku, kalau annoyed gila aku akan rasa macam nak muntah. aku takkan nangis kalau sudah annoyed tahap gaban. Kalau sudah tahap aku keluarkan isi perut aku sebab terlalu annoyed, itu ertinya untuk aku, kau sudah tidak wujud lagi dalam kamus hidup. Dalam erti kata lain, kau dah jadi salah seorang stranger yang tidak dikenali. Dan apa-apa sahaja benda yang kau buat, aku dah tak kisah dan semua tindakan kau takkan affect hidup aku. 

Buat masa sekarang ni, aku hanya rasa nak muntah. Sebab aku masih dapat tahan lagi rasa annoyed itu. Aku tak tahu kenapa masuk masuk saja bulan APRIL ni, mood aku jadi sangat annoying dan aku tiada selera nak makan. Aku nak makan, tapi aku tak lapar, kerana tiap kali aku tengok makanan, aku rasa nak muntah. Mungkin sebab aku stress. Mungkin. Tekanan UAK dan tekanan kelas memandu ( ya, aku tengah belajar memandu sekarang dan hari tu aku gagal QTI. perghh.. ). Lesen L aku mati hujung bulan ni. Masalahnya aku tiada masa untuk ambil kelas tambahan. Apatah lagi QTI. hmmm...

Sejak akhir-akhir ni aku selalu cepat letih dan tidur awal. Kecuali semalam. Semalam aku tak dapat berhenti berfikir. Berfikir dan terus berfikir sampai kepala aku pening. Tambah lagi aku tak cukup tidur. Sebab aku tidur lambat tapi bangun awal. Kawan aku cakap dulu aku mengalahkan orang yang sembahyang subuh. Entah. Aku tak rasa pun orang sembayang subuh bangun jam 5.30 pagi di paras ni. Ya dak?

Pagi tadi aku macam biasa menunggu. Aku paling pantang menunggu. Aku dapat terima kalau jarang-jarang.  Sebab aku pun kadang-kadang buat orang menunggu. Tetapi tidak selalu. Tapi kalau selalu sangat, aku rasa annoyed. Aku rasa pelik dengan orang yang bermake up untuk ke kuliah. Atau bergaya sakan. Macam nak pergi ramah tamah Aidilfitri. 

Benda-benda yang buat aku rasa annoyed:

1.  Orang buat aku menunggu terus.
2.  Orang kacau aku tidur, terutamanya masa aku tengah kurang sihat.
3.  Tandas yang kotor.
4.  Tempat aku bertabur tanpa sebab.
5.  Orang marah aku tanpa sebab.
6.  Orang perasan cantik.
7.  Orang tikam aku dari belakang.
8.  Orang yang suka menunjuk-nunjuk.
9.  Orang buat-buat comel depan aku.
10. ...

Punya panjang post aku hari ni. Mungkin sebab aku dah lama tak luahkan perasaan dalam blog ni. Selama ni aku jadi pemerhati saja. Aku baca luahan hati dan perasaan orang lain. Aku pendam perasaan aku. Bila aku stress, aku nangis bawah bantal sampai tidur. Aku tak nangis dalam toilet. Sebab toilet bukanlah tempat yang baik untuk menangis. Lagipun orang akan nampak mata aku sembab. Tapi hari ini aku luahkan walaupun tidak semua. Aku tertekan. Dan aku tak boleh terus pendam.

*   *   *

0 comments:

Post a Comment