sejak dua menjak ni, mata
dan musim peperiksaan inilah banyak benda yang mengganggu fikiran dan secara tidak langsungnya otak berfikir duapuluhempat jam sehari tanpa henti. ya. duapuluhempat jam biarpun dalam mimpi. alangkah baiknya kalau masa duapuluhempat jam tu dihabiskan untuk berfikir mengenai pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.
fufufufuffuuuu....
tekanan... tekanan...
hari ini. emmm... bukan. petang semalam secara rasminya peperiksaan akhir semester jan-jun telah tamat dan kertas terakhir untuk semester ini adalah bahasa melayu kurikulum. lebih kurang sama saja dengan subjek kurikulum matematik sekolah rendah di malaysia. hanya bm ni lebih susah kerana ianya melibatkan bahasa, dan bahasa adalah subjek yang paling memeningkan kepala. lebih pening daripada subjek major kami. ini kata kami. kata anda bagaimana?
kenapa belajar bahasa melayu? memandangkan subjek matematik (major) di sekolah rendah kini diajar dalam bahasa melayu. oleh itu secara tidak langsungnya kami sebagai bakal guru matematik harus menguasai bahasa ini. dan kami juga diajar mengenai kurikulum kbsr bahasa melayu. hmmm... masalahnya budak-budak tahun satu sekarang ni belajar guna kssr... dan kami belum lagi didedahkan kepada kssr. fufufufufufufuuuuu....
cuti bermula hari sabtu ni. tapi memandangkan esok pun dah tiada paper mahupun kelas atau apa-apa aktiviti wajib IP yang harus dihadiri, pemilik blog ini akan bercuti dan balik kampung tanam jagung dan terung selama tiga minggu. ya... tiga minggu. jangan jeles ya anak-anak, bakal cikgu-cikgumu ini bercuti lebih lama dari kalian. muahahahaha!! kalau tak puas hati, sila tanya pihak KPM kenapa boleh begini jadinya. weeee.... ^^
sekarang jam menunjukkan angka 0145. namun mata ini masih lagi segar bugar seperti di siang hari. cheeettt... pemilik blog ini harus tidur kerana flight dijadualkan bertolak awal pagi nanti. adios amigos.
belajarlah untuk membahagiakan diri, Evone...
p.s: two more months to go and I'm getting older.
PERAPU



0 comments:
Post a Comment