Thursday, June 21, 2012

#3



day five @ KK.

makin lama belajar basic calculus ni rasanya  makin botak kepala sebab balik-balik tarik rambut satu persatu bila tak faham.  macam tiada kelas yang santai sem ni sebab semua subjek pembunuh senyap. diam-diam makan orang. nak sambung ambil lesen tapi balik-balik lupa call tutor. gambar untuk lesen P pun belum ada. kalau boleh nak ambil cepat-cepat supaya tak tangguh-tangguh lagi. bulan 7 nanti ada program anak angkat. bulan 8 cuti raya. bulan 9 camping. bulan 10 ujian akhir kursus. bulan 11 ujian akhir semester. = . =!! Busy der... belum lagi aktiviti-aktiviti BSMM. doakan supaya lulus QTI dan JPJ sekaligus. huhu... desperate sudah ni. 

jadual semester ni memang hectic sangat. bayangkan basic calculus petang masa otak tengah fikir nak tidur terusss. graf pun nampak kabur ja di mata. blur. itu saja yang mampu diungkapkan tatkala mata menumpukan perhatian di papan tulis. emmm... ke papan tulis tu tembus sebenarnya?? huu... tajuk pertama dah banyak bengong. apa lagi tajuk-tajuk seterusnya. adoiii... 



0 comments:

Post a Comment