Friday, June 15, 2012

MEMOIRS


OPTIMA
tadi masa blogwalking terjumpa blog adik-adik junior di Kolej dulu. haha.. rasa lucu pula bila baca kenangan dorang masa belajar di sana. junior-junior yang saya kenal kebanyakannya pelajar asrama sebab pernah pegang kehadiran prep malam pelajar asrama dulu.

dulu masa di asrama lama tempat mandi terbuka memang perkara biasa. tiada istilah bilik mandi perseorangan dulu. sama ada air kolah ataupun air dalam tong biru dulu digunakan untuk mandi beramai-ramai. kalau lambat, nasiblah. lagi-lagi kalau terkena yang mandi lama-lama tu. memang panjang barisan sampai masa nak kosongkan asrama untuk prep malam pun masih lagi ada yang menakung air untuk mandi. tapi seronok apa mandi ramai-ramai. main siram-siram dengan kawan-kawan. :)

nak makan pun bebaris panjang. paling panjang kalau hari lauk ayam masak merah, ayam goreng dan ayam kicap. kadang-kadang ada ayam panggang kalau masa Puan Sumarni masih jadi PKHEM dulu. selalunya pelajar muslim beri keutamaan sebab dorang wajib ke surau sebelum maghrib. kalau tak sempat makan, berlapar je la atau rebus maggi di bilik. selalunya malam isnin dan rabu [ kalau tak silap] ada supper bun bantal dan air milo. bun seorang satu dan air milo secawan seorang. kalau ada lebih selalunya pengawas atau orang yang bertugas membuat supper yang bawa balik asrama.

dulu semangat gila belajar prep malam. petang-petang sebelum budak-budak muslim ke surau dah ada di kelas belajar. masa tu belum dapat adapt lagi dengan kehidupan asrama terutamanya masa tidur. kalau di rumah masa masih harian dulu jam 9.00 dah tidur. jadi bila di asrama jam 8.30 dah mengantuk. sebab tulah kena datang awal ke kelas sebab jam 8.30 ke atas memang dah kerja mengukur meja. siap pesan lagi dengan kawan sekelas prep untuk kejutkan kalau da warden buat rondaan. warden paling digeruni zaman tu adalah Miss Enny. sekarang dah jadi Puan Enny dah. haha.. giler pa cari masalah ngan Miss Enny. :)

banyak lagi kenangan lain. entah bila lagi dapat jumpa kawan-kawan lama. tak banyak juga kenangan yang tinggal sebab rata-rata asrama lama dah kena roboh dan digantikan dengan bangunan baru. walaupun bangunan dulu nampak buruk, tapi hidup bahagia [kot]. hahaha.. apa-apa pun pengalaman di asrama dulu memang sangat awesome walaupun bukan sekolah berasrama penuh [SBP]. 

di sinilah belajar bergaul dengan orang lain. sini juga baru kenal apa itu workparty, apa itu kerja pembersihan dewan makan selepas makan tengah hari dan makan malam, apa itu karnival asrama, apa itu prep malam. hidup beramai-ramai memang meriah. sangat meriah. rindunya masa lalu. huhu...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

tadi main application fb sekejap. saja nak mengisi masa kosong. jengjengjeng... cuba teka berapa result PMR saya?




























caya sik? :P

haha... 9A jo... tambah Pendidikan Islam dengan Bahasa Arab kot. kahkahkah... lawak der fb ni. saya ambik 7 je la... 7 subjek je... tolak dua.  Apa-apa pun, you've made my day. hahaha...  :D


0 comments:

Post a Comment