Friday, September 21, 2012

DING~ DONG



apa yang aku belajar sejak akhir-akhir ni ialah kalau kau mau sesuatu, jangan bagitau siapa-siapa sebab kau takkan dapat apa yang kau mau. haha.. Ini Realiti. 

* maaf atas penggunaan kau dan aku untuk entry kali ini *

dari dulu dah aku rasa pelik. napa benda yang aku mau aku tak dapat. even berusaha macam mana pun aku tetap takkan dapat. tapi bila aku dah bosan menunggu, kadang-kadang aku dapat jugak apa yang aku nak. kadang-kadang putih mata sajalah. kecewa tu tetap ada bila tengok orang lain dapat apa yang kita nak. Be positive vonne. Mungkin Tuhan cakap: Nope. No.. No.. Nay... Not for you yet... 

jadi aku pun dah rasa malas nak cakap apa aku nak sebab aku tau aku takkan dapat. tapi aku tak suka bila apa yang aku tak nak itu yang aku dapat. ini tiada kaitan dengan apa yang aku tak suka tu mungkin lebih baik untuk aku dan apa yang aku rasa baik untuk aku tu mungkin sebenarnya tidak baik untuk aku. Bukan. Sebab memang dah sah-sah benda yang aku tak nak tu tidak patut aku dapat sebab ianya membahayakan tetapi benda tu juga yang aku dapat. Tapi mungkin benda tu sebenarnya akan membawa kepada kebaikan. Mungkin. Tapi aku ragu-ragu sebab balik-balik aku dapat malang  = . =.

Jadi sekarang aku rasa aku patut belajar berdiam. bersyukur pun diam-diam. tak perlu pong-pang seluruh alam. apa-apa yang aku nak pun aku patut simpan ja dalam hati sampailah aku dapat benda tu. kalau ada benda tak puas hati pun aku diam. supaya mulut aku ni tak jadi masin minta benda yang bukan-bukan. 

oh, ya.. aku gagal kuiz kalkulus. aku rasa tension gila sampai nak makan buku Salas dan Steward yang tebal berinci-inci tu. mungkin lepas aku buat kuah untuk ayam masak merah, makan dengan nasi putih dan sayur hijau lepas tu hadam baru aku dapat terima kalkulus dalam hidup. aku rasa kelas tu paling psycho sampai aku berpeluh-peluh tak sedap hati dalam kelas tu kerana takut dipanggil ke depan. 

sebenarnya aku risau dengan semua subjek sem ni. bukan sebab aku banyak main sem ni. sebab aku rasa aku tak dapat apa-apa input untuk semester ini. dan banyak lah lagi dan sebenarnya yang aku nak cakap ni tapi aku tak sedap hati pula nak taip. lagi pula aku ni bukan jenis  orang favorite. if anything happen no one will give me favor. jadi faham tak aku dalam kategori mana? huhu.


0 comments:

Post a Comment