| awesome!! |
this is F I N A L E.
baru tadi habis duduk paper EDU 3106 dan takziahlah diucapkan kerana tidak berpeluang menyiapkan esei dalam tempoh masa yang diberikan. sobsob. yang paling menarik sekali minggu depan empat kertas berturut-turut minta puji dan salah satunya adalah algebra. okey, fine. empat hari berturut-turut. bila lagi masa nak flush semua bekas-bekas paper sebelum, bila lagi nak hadam paper baru. tak sempat pun tempoh masa 24 jam tamat terus duduk balik di meja nombor 40. memang takziahlah semester ni.
masa exam tadi sempat lagi mata melilau tengok orang. cari ilhamlah kunun. nampaklah juga ada "apa kejadah" yang berlaku dalam dewan. buat cool sajalah tengok. nak buat apa lagi. buat don't know sajalah. dari kena cop menyebuk bagus lagi jawab esei yang "apa kejadah" itu. lagilah berbaloi.
rasa macam nak flush semua orang masuk jamban. serius stress.
kumpulan praktikum pun dah keluar. ini memang no comment lah macam bajet artis glamour. glamourlah sangat sampai junior pun tak kenal. haha. masalahnya adalah transportation. serius sadis. macam nak hentak-hentak kepala atas meja sampai lebam biru-hitam-purple-kuning-hijau-semua warna ada. alternatif lain adalah tinggal di flat sekolah. itu pun kalau sekolah tu ada flat. alternatif ya. kalau ikut buku edu, alternatif ni maksudnya "antara cara-cara penyelesaian yang kurang digemari tetapi hanya satu sahaja yang sering digunakan". lebih kurang macam antara banyak-banyak cara yang kamu tak suka, ada satu cara yang paling banyak orang guna walaupun orang tak suka. faham? tak faham sila buat buat faham. cikgu penat nak terangkan banyak kali. fuhh.
bukan tak suka. tapi macam ada ahli kumpulan yang tak suka. terus macam nak laju saja buka dompet check kalau cukup duit untuk sewa kereta. sekali tengok dompet kopak satu habuk pun tiada. sarkastik.hewhew.
mak, belikan tiket balik rumah naik belon. sobsob. anakmu di sini kesempitan hidup. sobsob.
semalam little dane viber.
yeah, this little young lady dapat surat dari firma guaman sebab tak bayar bill broadband yang hidup segan mati tak mahu dan bila habis bulan laju saja minta duit bayar tapi servis macam haktuih. keluar kahak hijau. eww.
thanks God mr Papa cakap tolong bayar. hewhew. sorry. anakmu ini hanya pandai menggunakan kemudahan tetapi sering alpa untuk menunaikan kewajiban untuk membayar. (TT . TT)
esok lusa harap-harap ada niat nak belajar algebra. pasang niat dulu. niat perlu ada. hewhew. buku pun sekarang ni belum ada lagi. hanya berharapkan pada kertas-kertas fotostat yang cukup-cukup makan sahaja. itu pun belum tentu lagi faham. mesti ada mulut-mulut terlepas insurans cakap: itulah, malas berusaha. sobsob. terguris hati ini.
mutakhir ini, mood sering swing. lebih-lebih lagi musim ujian ni. kalau sebelum ni terlebih tidur saja dah pening. sampai-sampai ja musim exam, automatik cure pening tu. kalau boleh satu hari tu berhibernasi macam beruang kutub. selera makan pun tak kalah juga. kalau ada masak anak gajah, habis anak gajah tu dilapah tinggal vertebral, femur, humus... eh?
sorry. terlampau teruja.
perut lapar weh. nak makan tapi makanan pula tak juga datang datang tergolek.
bah. off.
![]() |
| .this is love. |
p.s. air panas jo. melecur nanti.
credit pictures to: weheartit.
#325



0 comments:
Post a Comment