Tuesday, September 17, 2013

#331



Give up tu memang senanglah mulut nak cakap tapi masih juga tetap degil tak nak give up. Haha. mestilah, untuk give up perlu ada alasan kukuh.sekarang ni rasa hati memang dah give up dengan semua benda kecuali satu: jadi cikgu. nak give up memang dah tak dapat bila sebelah sebelah kaki dah jejak sekolah. Orang cakap alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. apa-apa yang berlaku lepas ini terima sahajalah. mungkin panggilan dia masih samar-samar lagi sekarang. 

Sekarang jarang-jarang update blog sampai dua post sebulan, kecuali tertekan tahap kepala berdenyut-denyut rasa macam nak pitam dan pecah pun ada. Masalah peribadi campur masalah profesion, memang buat kepala berangin tahap ribut taufan. Kadang-kadang perasanlah juga diri ini kalau mengeluh laju sahaja. Tapi bila senang lupa pula nak ucap: syukur. Manusia, selagi belum ditimpa masalah, dia takkan sedar. Kalau ditimpa masalah pun belum tentu dia akan sedar. 

Tinggal setahun sahaja lagi, bersabarlah wahai hati.

Rasanya sekarang makin cepat tertekan sebab tiada orang sudah nak dibawa berkongsi cerita macam dahulu. Tinggalah di sini sahaja tempat berbicara walaupun sekerat cuma. Bagaimana pun, blog bukanlah pilihan terbaik untuk menceritakan walang hati. Bercerita di sini seperti membuka pekung di dada. Tempat yang salah. Sama seperti membuka aib sendiri untuk dipertontonkan kepada orang lain. Lebih baik aib itu ditutup dengan rapi walaupun kadang-kadang tanpa sedar terbuka sedikit. 

Selalu terfikir: Orang yang macam saya ini masih sempatkah untuk berpatah balik, mencuci arang di muka terpalit dek terlalu taksub dengan dunia. Rasa berdosa itu masih ada tapi lagaknya hati sudah semakin keras kerana sering dicaci, dicerca, diketawakan, terluka dan juga terpedaya.Orang pernah pesan: tertipu sekali dua itu pengajaran. Tetapi untuk berkali-kali itu umpama tiada otak. Otak di lutut kaki di kepala. 

Rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak untuk membetulkan kesilapan lampau. Supaya lebih berhati-hati ketika bertatih menghadapi liku-liku dunia. Tapi, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata dan perlakuan buruk padahnya. Sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pisau. Terhiris sekali masih boleh diubati. Terhiris berkali-kali luka pun takkan kering. Bermadah pula tiba-tiba.

Bersangka baik. Mungkin sekarang ni: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Kadang-kadang think positive itu penting kalau tak nak jiwa kacau. haha.

Bah. Melalut ke laut pula sudah dari mood rosak hanya kerana sebuah dua observation. Don't give up yet Vonne. It might be your true call after all. 

Haha.

Salam.

p.s: kalau boleh nak kurang baca novel jiwang. Novel yang ada unsur-unsur pengajaran itu mungkin patut diperbanyakkan. Novel ini semuanya sweet sweet belaka walhal hakikat dunia sebenar tiada satu benda pun yang kekal. Apatah lagi sweet sweet begitu. Orang cakap: Even bayang-bayang sendiri pun akan tinggalkan diri tatkala malam menjelma.

P.s.s: antara banyak banyak musim, saya suka musim luruh. Sebab daun-daun semua berguguran tapi bila musim bunga tiba, bunga-bunga akan mekar mewarni dan pokok-pokok merimbun hijau untuk musim panas seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum itu. :')

0 comments:

Post a Comment