Thursday, June 19, 2014

#347


Olla

Credit: HERE

Rupanya sekarang ni hangat pula berita ISMP keluaran UPSI masih belum posting lagi. Dan antara orang yang disalahkan adalah PISMP dan juga KPLI / DPLI keluaran IPGM. Sebenarnya banyak beza PISMP dan ISMP. Kalau tak silap ISMP adalah singkatan untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, manakala PISMP pula adalah singkatan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Saya ada terbaca post seorang kakak (mungkin kakak sebab keluaran UPSI) yang menyatakan bahawa kenapa mereka masih belum mendapat penempatan manakala graduan lepasan PISMP, KPLI dan DPLI yang belajar SEKEJAP sahaja terus dapat posting. Emm... Emmm... Nampaknya kakak tu main serkap jarang je kot sebab sebagai seorang pelatih tahun akhir PISMP, ini merupakan tahun keempat saya dan rakan-rakan untuk PISMP, tidak termasuk setahun setengah semasa program persediaan (PPISMP), yang mana kalau dijumlahkan bersama, kami menghabiskan masa selama lima tahun setengah di IPG. Dan saya tidak tahu berapa lama untuk habis ISMP di UPSI sebab saya bukan lepasan UPSI seperti kakak. Jangan keliru PISMP dengan KPLI dan juga DPLI, ya kakak ISMP.   :)

Lagi pula kami PISMP lebih kepada guru sekolah rendah jika dibandingkan ISMP yang mana kalau tak silap adalah untuk sekolah menengah. Banyak persoalan yang timbul seperti kenapa graduan PISMP sudah mendapat penempatan walhal graduan ISMP masih lagi mengangur menunggu penempatan daripada pihak KPM. Saya pernah melihat para senior yang setengah tahun masih belum dapat posting lagi, terutamanya program IPG yang ada twinning bersama universiti luar seperti UiTM dan juga Marjon. Ini selalunya untuk program TESL di sekolah menengah. Tidaklah juga seperti yang kakak nyatakan kami keluar terus dapat posting. Tidak... Tidak... Bukankah posting itu bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah juga?

Saya tidak juga tahu kurikulum yang ada untuk ISMP tapi kalau untuk IPG, terutamanya PISMP, setiap semester akan ada ke sekolah. Semester pertama hingga semester ke empat, ada program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan selama satu minggu untuk setiap semester. Oleh itu, terdapat empat fasa PBS kesemuanya. Tujuan PBS adalah untuk mendedahkan pelatih kepada suasana sekolah bersama guru sebenar sebelum praktikum. Pelatih akan mula menjalani latihan mengajar (praktikum) sebenar semasa semester 5 hingga semester 7. Terdapat tiga fasa untuk praktikum iaitu fasa pertama: semester 5 (1 bulan), fasa kedua: semester 6 (2 bulan) dan fasa ketiga: semester 7 (3 bulan). Boleh dikatakan bahawa kami membesar di sekolah bersama murid-murid. Semester 8 pula lebih kepada internship, iaitu selama 1 bulan di sekolah yang sama semasa praktikum fasa 3. 

Jadi mungkin dari segi pengalaman kami lebih banyak pengalaman di sekolah... kot?

Apa-apa pun kakak ISMP jangan bandingkan keluaran UPSI dengan keluaran IPGM sebab macam banyak pula perbezaan dia. Saya taklah juga nak cakap pasal perbezaan ISMP sebab saya tidak tahu menahu mengenai program yang ditawarkan di UPSI jika dibandingkan dengan IPGM sebab saya keluaran IPGM. Apa yang saya tulis juga adalah berdasarkan pengalaman saya selama 5 tahun belajar di IPG, dan tinggal setengah tahun lagi untuk menamatkan pengajian.

Walau bagaimanapun, saya berharap agar kita semua dapat posting. Cepat atau lambat itu tiapa asal dapat posting. Sia-sia kot lima tahun setengah belajar menjadi seorang guru, habis keluar tak dapat kerja  :) .
Janganlah kutuk semasa kita sebab sama pula kita ni bakal guru. Yang membezakan adalah penempatan di sekolah menengah atau sekolah rendah sahaja. 

Untuk yang berasa cuak nak masuk IPGM, dari kamu sahaja ba itu mau masuk atau tidak. Apa yang perlu diketahui adalah berhati-hati semasa memilih program di IPTA atau IPTS sebab banyak lagi pelatih dari IPGM dan UPSI yang memang hanya mengeluarkan calon guru masih belum mendapat penempatan. Kalau boleh untuk yang IPTA tu elakkanlah mengambil program pendidikan sebab terlampau banyak lambakan graduan untuk dimasukkan ke sekolah seluruh negara. Untuk yang dapat masuk IPGM tu masuk je. Siok apa lima tahun berkampung di IPG. Haha :D

adios 


0 comments:

Post a Comment