Wednesday, July 30, 2014

#351


Bila kau berusaha untuk mengejar sesuatu yang kamu takkan dapat, kamu akan tercicir sesuatu yang penting dalam perjalanan.



Kalau cakap begini mesti orang fikir post jiwangkan. Haha. Nope. Nope.

Sebenarnya bila tengok orang lain yang ada semua benda yang diri sendiri tiada, rasa dia lebih kepada iri hati dan cemburu yang lama-lama jadi penyakit hati. Dulu mungkin kurang penyakit hati ni sebab tiada instagram, tiada facebook, tiada twitter untuk orang menunjuk-nunjuk apa yang dia ada berbanding sekarang. 

Niat dorang mungkin betul, untuk menunjukkan rasa kesyukuran dengan apa yang diperoplehi, apa dinikmati tetapi bukan untuk orang yang memandang. Bukan untuk orang yang memerhati sebab bukan semua orang dapat merasa apa yang kamu rasa.

Mungkin betul orang cakap daripada tumpukan dengan benda yang dia ada tapi diri sendiri tiada, lebih baik bersyukur dengan apa yang ada pada diri sendiri dan mungkin... mungkin penyakit hati tu tiada. Mungkin inferiority tu tiada.

Haha. Dan tolong jangan perasan. Bukan kau yang pasti, sebab kau tiada benda yang dapat buat aku rasa inferior pun, tetapi seseorang yang agak perfect dibanding diri sendiri.

End.

0 comments:

Post a Comment