Monday, September 8, 2014

#154


olla olla blog. haha. 

Sekarang ni tengah berusaha untuk tidak tidur dengan menulis blog sebab selama dua hari berturut-turut dah tidur sampai kepala pun terasa berat. pfft. Rasanya sayalah makhluk Tuhan paling tidak kuat sistem imunisasinya. Tukar cuaca sikit terasa macam nak mati. Haha

Source: Google Image


Sejak kebelakangan ini banyak betul makhluk Tuhan yang mendirikan rumah tangga. Rasanya ada yang senyap-senyap sudah buat design kad jemputan. Rezeki masing-masing kot. Orang cakap kalau dah jodoh putus berapa kali pun akan bersama juga (oh... bukan saya semestinya). 

Benda-benda begini, saya rasa saya masih belum bersedia lagi nak pikul, selain daripada masih tiada jodoh (kahkah). Title isteri orang ni mungkin mudah nak pikul, sebab masih hidup berdua lagi. Mungkin, ya... Mungkin... Jangan bash saya (LoL) sebab saya tiada pengalaman lagi. Tapi bila ada anak, mungkin dari sana kepala akan mula pening lebih-lebih lagi kalau anak perempuan. 

Bila terfikir begitu, saya takut (kalau berkahwinlah... = . =) anak-anak saya akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang pernah saya lakukan sepanjang 23 tahun meminjam bumi ciptaan Tuhan. Mungkin kerana cara didikan di rumah yang agak tegas dan mengongkong menyebabkan saya lambat untuk merasai  dan mempelajari apa yang orang lain rasai dan lalui semasa zaman remaja mereka, lantas apabila berlaku sesuatu yang diluar jangkaan, saya begitu susah untuk adapt dan berdiri semula menggunakan kaki sendiri. 

Terlampau banyak kesilapan yang dilakukan berbanding orang lain yang dibesarkan dengan didikan yang lebih linear. Rasanya seperti baru dilepaskan daripada sangkar sebaik sahaja keluar daripada rumah. Tiada sesiapa yang akan menegur, mengongkong. Tahun pertama jauh dari rumah sudah belajar escape kelas (= . =). Belum lagi tahun-tahun seterusnya. benda yang dilakukan pun semakin berat dan berat. Menyesal pun tiada guna juga sebab apa yang telah berlaku akan tetap telah berlaku. Nak padam pun hidup ni bukannya ada pemadam. 

Mungkin nanti bila sudah ada keluarga nanti semoga anak-anak tidak merasai apa yang saya rasa buat masa ini (in case berkahwin). Semoga dengan kebebasan berhad yang diberikan tidak disalahgunakan. Semoga pengalaman mereka semasa zaman remaja menjadikan mereka seorang yang lebih bijak dalam membuat pilihan yang terbaik untuk mereka dan semoga semuanya selamat.

Dan yang penting, kalau tiada berjodoh dengan sesiapa pun kelak, anggaplah ini sebagai satu nasihat daripada seseorang yang pernah hidup dan menjalani kehidupan ala tentera. 

0 comments:

Post a Comment