Hopefully this might be the last of all stupid rambles I wrote while staying in Sabah, specifically in Kota Kinabalu for five and half years.When I say stupid, I really mean it cause lately I found out that too much feelings = stupid. LoL. Why showing them too much when you shouldn't?
Duhhh
* * *
This year summary:
Maaf untuk penggunaan bahasa yang bertrip kanak-kanak tak cukup gula
Yay!! Finally saya sudah main zipline both in Kiulu (God, I miss this place T . T) and between Gaya and Sapi Island, wall climbing both in Kiulu (Yay!! Heart this place. LoL) and Likas (Sabah Indoor Climbing Centre - SICC) and high rope and abseiling(Kiulu- Zip Borneo). Sebenarnya yang Kiulu tu satu package (Abseiling, Wall Climbing, High Rope and double Zipline) for RM 140 (without food and transportation) tapi berbaloi sebab masa inilah kamu lupa semua perkara sebab hanya ingat pasal nyawa atas seutas tali keluli yang bergantungan about hundred metres from land. Seriously, hampir pitam di atas even masa panjat dinding untuk wall climbing.LoL.
Tapi sayang mau pergi Lohan untuk paragliding tapi tak cukup ongkos sama... haha.. tak tau jalan. LoL. I have friends there tapi semua masih sekolah so tak dapat bawa jalan untuk jadi tour guide. Haha
Banyak lagi benda saya rancang mau buat tapi nda dapat buat but Thanks God sebab mungkin ada hikmah juga tu at least all those Adrenaline-rush-games kebanyakan sudah cuba so taklah menyesal sangat. hey, cheer up girl!!
Like I said before, I wish to make a tour around Sabah for a very last time but somehow I couldn't bukan sebab tiada duit tapi sebab tiada mood sudah.
Haha (Bye Bye Mesilau T . T)
Tapi tiapalah sebab after five and half years I manage to go Kunak, Tawau, Keningau, Ranau, Kundasang, Beaufort,Sepitang, Sepangar(Yay.. dapat masuk pangkalan TLDM!!), Tip of Borneo (Lupa suda tu nama dia), Papar, Tuaran, Tambunan... ermmm... mana lagi ar?
Awal bulan Oktober lepas sudah buat pembentangan Action Research (Penyelidikan Kajian Tindakan) di Sabah oriental Hotel. Bergagar tu lutut di depan terus sakit perut. LoL. Apa-apa pun syukur limpas sudah tu benda dan sekarang tinggal edit sana sini (untuk kali ketiga = . =) sebelum hantar kedai untuk print dan jilid. Perasaan dia: Gilalah. Berjaya tulis satu buku walaupun nda kena publish. Haha
Thank you Madam Chai, dan sesiapa sahaja yang rasa dia banyak tolong masa buat proposal dan edit AR hari tu. :)
Sekarang tinggal temuduga SPP sama final exam. Kemudian, konvo!! Ah... Long way to go. Hihi. paling penting lulus tu SPP.
wish us, PISMP Matematik Januari 2011 the best!!
p.s: rancangan masa depan- mau hantar parents pergi Jerusalem. Harap masa tu sana ok sudah... Juga harap dimurahkan rezeki supaya dapat hantar dorang pi sana :D
* * *
Lima tahun sini macam-macam benda teruk saya buat, sampai tahap terfikir mau suicide. LoL. Thanks to friends sebab ada. Haha
Satu tahap pernah persoalkan sama ada Tuhan benar-benar wujud atau tidak = . = ...
Nampak tak kejahilan saya dalam agama, walaupun saya dibesarkan dan diajar hukum agama dengan cukup. Bekas Pelajar terbaik Sunday school. Anak warden gereja. Haha.. Sekadar atas nama sahaja tetapi iman di dada sekecil biji sesawi pun tiada. LoL. Baik lagi mungkin orang yang biasa-biasa sahaja.
Betul juga orang cakap. Orang yang berpengetahuan tentang agama ni yang kena cuba lagi hebat sebab nak uji sama ada iman tu betul-betul kukuh atau tidak. Atau sekadar lulus exam setiap tahun tapi tak amalkan bila perlu.
Betul juga orang cakap. Orang yang berpengetahuan tentang agama ni yang kena cuba lagi hebat sebab nak uji sama ada iman tu betul-betul kukuh atau tidak. Atau sekadar lulus exam setiap tahun tapi tak amalkan bila perlu.
Malu bila orang yang tak tau benda sebenar bagi pandangan positif tentang diri apabila sendiri tahu betapa jahilnya diri lebih-lebih lagi tentang agama
![]() |
| Mungkin tak perasan tetapi selama ini Dia sentiasa ada |
Semoga tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini memberi pengajaran kepada diri dan seterusnya memperbaiki diri tidak kira dari aspek mana pun untuk menjalani kehidupan di masa-masa akan datang (kalau dipanjangkan usia).
Semoga selepas post ini berkuranglah post yang berunsurkan penyebarkan aib sendiri dan aib orang lain tidak kira melalui facebook, twitter, google+ mahupun wechat sebab nanti bila orang lain buat balik, jangan persoalkan. Juga untuk kurangkan pahala dipotong kelak. Haha
p.s.s: Selalunya benda yang kena heboh begini yang susah untuk dibuat sebab iyalah.. niat ja lebih tapi buatnya nda ada. LoL
p.s.s.s: tadi terdengar lagu 'A little too not over you' dan tiba-tiba teringat seseorang pada tahun 2010. LoL. (Bukan kisah cinta tapi kenangan lama. Haha)
Adios untuk kali ini jumpa lagi untuk kali depan dalam suasana yang lebih baik dan tenteram. Haha
Someone called me lahanat and it really broke my heart. Haha...
#361



0 comments:
Post a Comment