Sunday, November 9, 2014

#363


" Bila Allah Menduga, Mengapa Tiada Seorang Pun Yang Memahami Kita?"


Selamat pagi Ahad. Pagi ni masih lagi bermalas-malasan di atas tilam dan bukan membaca nota untuk EDU 3083 yang kertasnya adalah esok pagi entah jam berapa. 8.30 atau 7.30 kot. Lupa jadual. Dan. Saya. Masih. Belum. Belajar. Roommates semua sedang sibuk belajar. L.O.L. Yeah. This is my way of rebelling. Running away from people, from something that I label as 'too mainstream' and yet sendiri yang susah masa jawab paper exam. LoL. Sorry Pa and Ma  (T . T)

Oh. Semoga dapat hidayah nanti sebelum jam 11.00 jalan kaki keluar untuk mencari Tuhan. Tuhan pun penat kot dengar balik-balik cari alasan untuk ponteng sedangkan sekali seminggu je kot masa untuk keluar bersama mendengar panggilanNya (Analogi sahaja. Mana mungkin Tuhan penat mendengar kita? Ye dak?)

Baiklah. Berbalik kepada tajuk asal.

Sebenarnya tajuk di atas adalah tajuk penulisan admin kepada sebuah blog dan iya, memang menarik  sebab walaupun kepercayaan berbeza tetapi penulisannya masuk sampai ke dalam hati. Kita manusia bila Tuhan beri ujian sikit kita akan mengadu. Bukan kepada Dia tetapi kepada sesama manusia. Mengharapkan secubit pemahaman, empati, simpati dan mungkin sedikit nasihat atau teguran. Kemudian, kita membuat sesuatu yang mungkin boleh menjahanamkan diri sendiri semata-mata mencari alternatif untuk melupakan masalah kita. Namun, pernah tak terlintas untuk mendiamkan diri seketika, membelek diri, membuat refleksi tentang apa yang terjadi dan kemudian kembali kepadaNya. Mungkin berfikir sejenak: Oh, God is calling me back to Him. Maybe I am too far away and this is His way to call me back to Him.

Saya tahu saya dilabel. Kenapa? Sebab saya pun pernah melabel orang lain seperti mana orang lain melabel saya. Kenapa ini berlaku? Sebab kita manusia yang sering membuat judgement merasakan diri kita lebih baik dan superior sedangkan kita bukan Tuhan untuk menilai. Mungkin selama ini cara saya salah. Apabila dilabel, saya akan cepat melatah. Bertindak tidak matang dan kemudiannya berfikiran negatif/ overthinking (why are they doing this to me? Why must me? What's wrong I've done? Don't they have enough? ... ect.. ect..) yang mana seterusnya menjatuhkan diri sendiri lebih teruk lagi daripada label asal. Ingat, apa pun yang kita lakukan tidak akan pernah dapat memuaskan hati orang lain. Kita tidak minta pun untuk dinilai, secara terang-terangan mahupun di belakang. Tetapi ingat, mulut orang bukannya boleh ditutup seperti mulut tempayan. Seperti yang telah dinyatakan, lumrah untuk ada yang suka dan tidak suka kepada kita. Manusiakan dicipta berbeza-beza?

Mungkin perlu betulkan niat sekali lagi. Bersungguh untuk berubah dan bukan bila datang sahaja ujian baru ada kesungguhan. Bila ujian tiada, kesungguhan itu kita lipat dan simpan semula di dalam peti untuk masa hadapan. Keep on praying because God is always listening. This is for me, dan juga kepada sesiapa sahaja yang mudah terleka dengan dunia. Juga kepada mereka yang seperti saya, terumbang ambing mencari Tuhan, berlari dari Tuhan, kembali semula kepada Tuhan dan kini masih terus mencari. Semoga kesungguhan itu tetap terus ada dan tidak akan padam sampai bila-bila kerana tiada manusia yang sempurna. Aren't we?

Juga peringatan untuk diri:

" Kebahagiaan Akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan Hidup Orang Lain"


Mengapa perlu melihat rumput di halaman orang sekiranya kita sendiri ada rumput di halaman sendiri untuk dijaga dan dibaja? Belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada dan kemudian sedikit demi sedikit kebahagiaan itu akan masuk ke dalam diri kita lahir daripada rasa kesyukuran terhadap apa yang kita ada. Kerana rasa sakit hati dan tidak adil itu yang membunuh rasa bahagia kita, dan juga menjauhkan diri kita daripada Tuhan. Sekaligus memburukkan lagi keadaan. Jika terus-terusan membandingkan diri sendiri dengan orang lain, kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain. Maka: Usah Biarkan Lagi Hati Kita Terluka Berkali-Kali. Belajarlah Untuk Mencintai Diri Sendiri Terlebih Dahulu. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Hikmahnya, Tuhan akan memberi sedikit demi sedikit rasa bahagia itu. Kerana apa lagi yang lebih penting daripada berasa bahagia? 


*     *      *

Kadangkala, orang lain yang akan membuka mata kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukannya kita tidak berusaha, tetapi kita hanya ingin melihat apa yang kita ingin lihat sehingga apa yang sepatutnya kita lihat kita abaikan. Bukankah manusia sememangnya begitu?

0 comments:

Post a Comment