Monday, November 17, 2014

#365


Credit: Google Image


Sabah banyak memperkenalkan saya kepada manusia-manusia yang selama ini saya terpelihara daripada mereka. Mungkin kerana persekitaran saya yang agak tertutup berbanding sekarang ini merupakan salah satu faktor kenapa saya tidak pernah bertemu dengan manusia-manusia jenis ini sebelum ini.

Paling teruk pun adalah semasa sekolah menengah. Tingkatan tiga. Saya masih ingat lagi sebab mereka yang melakukan perkara ini adalah sahabat yang mengatakan diri mereka sahabat baik saya sendiri. Mungkin kerana perubahan status dari pelajar harian ke pelajar asrama semasa awal persekolahan tingkatan dua menjarakkan hubungan kami. Rentetan daripada itu saya tidak mempunyai sahabat yang saya boleh katakan sebagai sahabat baik. Sahabat rapat saya pun tidak ramai. Even sekarang bilangannya boleh dihitung menggunakan jari.

Trauma paling teruk pula adalah semasa baharu sahaja beberapa hari masuk asrama. Kerana terbiasa dengan kehidupan sebagai pelajar harian yang masa belajarnya adalah dari jam 7.00 malam hingga jam 9.00 malam serta persekitaran yang sunyi, tiba-tiba prep malam (7.00 malam - 10.00 malam) dengan keadaan bising dan berlaku beberapa kes mencederakan diri berlaku di hadapan mata semasa prep menjadi penyambut ketibaan masuk asrama. Stress. Sampai menangis-nangis setiap malam menelefon rumah semata-mata untuk merayu minta keluar asrama. 

Kesannya, penurunan keputusan peperiksaan bulanan dan semester. 

Tetapi itu semua tidak dapat dibandingkan dengan semasa belajar di sini selama lima tahun setengah. Sress manapun saya di asrama Kolej, stress lagi kehidupan di asrama IPG G***. Kalau dulu rasa seperti ingin lari keluar asrama, di sini stressnya sampai tahap ingin mengambil sebilah pisau untuk menoreh tangan. Serius.

Peristiwa teruk yang berlaku di sini? Usahlah diceritakan. Biarlah hanya segelintir sahaja yang tahu. Hanya menimbulkan rasa sakit hati dan juga rasa menyampah. Maaf. Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan negatif terhadap orang. Sekurang-kurangnya bukan hipokrit yang bermuka-muka di hadapan. 

Dengan berakhirnya kertas terakhir MTE 3143 petang tadi, berakhirlah juga kehidupan sebagai seorang pelajar di Sabah. sekarang hanya menunggu hari untuk meninggal tanah yang banyak memberi kenangan pahit dan manis serta membesarkan saya secara nyata mahupun tidak nyata.

Dan. Bermulalah kehidupan sebagai penganggur terhormat sementara menunggu untuk masuk ke alam bekerja. Alam orang dewasa. Yang lagi menakutkan.  

I will miss them. I mean my classmate. I miss those memories terutamanya semasa orientasi dan PPISMP. Naif kot berbanding sekarang. Innocent gila. Ahh... People change. Tetapi kadang-kadang bukan orang yang berubah, tetapi topeng yang dikenakan selama ini akhirnya ditanggalkan. Sedih kot. 

Apa-apa pun. All the best untuk rakan-rakan satu kelas dan satu batch. Sampai ketemu lagi, mungkin bukan lagi di negeri di bawah bayu tetapi di tempat lain. 

0 comments:

Post a Comment