Wednesday, December 17, 2014

#367


Abaikan penggunaan *aku dan *kau dalam post ini.


Minggu ini adalah minggu kedua terakhir untuk tahun 2014 dan terasa bosan sekali kehidupan sejak tamat pengajian *acececeh* . Pagi macam biasa memang busy tapi petangnya memang bosan gila lebih-lebih lagi bandaraya M yang sekarang ni panas macam dalam oven kerana ketaksuban sesetengah orang yang TAMAHAK nak kaya cepat potong semua pokok dan ganti dengan kelapa sawit. Keluar rumah sekarang ni pun rasa macam nak terbakar kulit. LoL. Iya. Aku dah hitam sekarang sebab bandaraya M panas gila tahap membahang hingga ke dalam kulit. Belum lagi kena bara api neraka. *kirikk kirikkk*

OK. Memadangkan aku bosan dan kebanyakan drama korea yang didownload sudah habis ditonton semasa orang lain sibuk belajar untuk peperiksaan akhir semester bulan lepas, maka aku pun berhasrat untuk membuat review drama-drama korea yang aku berjaya download tu dengan menggunakan broadband M yang hidup segan, mati tak mahu, bila guna laju je kuota habis berbanding broadband D yang Bigbos aku guna sekarang ni. Connection pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Itulah yang hidup segan, mati tak mahu tu. Kalau di kampung faham kot kenapa tak dapat connect tapi masalahnya ini di bandar kot. Bukan setakat bandar biasa, bandaraya kot. pfft.

Sekarang ni aku tengah tunggu drama 'Pinocchio' yang hanya diuploadkan dua kali seminggu. Pelakon utama adalah Lee Jong Suk (I Hear Your Voice) dan juga Park Shin Hye (The Heir). Cerita ni mengenai seorang perempuan (wanita??) yang menghidapi penyakit pinocchio yang mana kalau dia menipu, dia akan terhiccup. memandangkan drama ni belum habis lagi jadi tu je lah yang boleh dibageritahu. Haha. Macam biasa, drama korea kebanyakannya memang typical dan kau boleh teka apa yang akan berlaku tapi ok lah untuk pecinta drama korea macam aku *scofffscoff - walaupun tak semua- Sesuai untuk tontonan remaja sebab tiada adegan 18 tahun ke atas. Haha 
Credit: wikipedia
Seterusnya adalah drama 'What happens to my family?' Macam tajuk dia, drama ni bertemakan kekeluargaan dan menceritakan keadaan realiti kehidupan sekarang yang mana ibubapa terabai di rumah kerana anak-anak semua sibuk bekerja di luar. Serius drama ni sedih sebab kesian tengok bapa yang telah berkorban banyak kepada anak-anaknya. Pelakon adalah Yoo Dong-geun, Kim Hyun-joo, Kim Sang-kyung, Yoon Park dan Park Hyung-sik. Drama ni pun masih belum habis lagi tapi memang berbaloi untuk ditonton terutamanya bagi mereka yang menghargai perhubungan kekeluargaan yang erat. 
Credit: www.viki.com
Drama ketiga adalah 'Bad Guys'. Suka cerita ni sebab setakat ni tiada romance detected. Berdasarkan tajuk jadi dapat teka lah kan kebanyakan pelakon dalam drama ini adalah lelaki. Genre drama ni adalah thriller, iaitu mengenai sepasukan polis yang terdiri daripada tiga orang penjenayah dan dua orang pegawai polis, yang mana dilakonkan oleh: Kim Sang Joong (City Hunter), Ma Dong Seok, Park Hae Jin (Doctor Stranger), Jo Dong Hyeok dan Gang Ye Won yang bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan oleh polis biasa. Cerita dia best tapi kadang-kadang rasa macam psycho sikit terutamanya untuk watak Kim Sang Joong dan Park Hae Jin. Ada certain part aku skip sebab tak nak tengok. Haha
Credit: asianwiki

Ok. ketiga-tiga drama ni masih lagi belum habis. Antara ketiga-tiga drama ni, drama 'What happens to my family' paling panjang. Setakat ni sudah episode 3+, dan sepertinya masih lama lagi untuk tamat. 'Pinocchio' mengikut website hanya sampai 16 episode sahaja, iaitu standard untuk drama korea. Paling sedikit adalah 'Bad Guys' yang hanya 11 episode sahaja. Setakat ni baru episode ke-8. Tak sabar tunggu tanggal 24. Nak sambung download. Hahaha

Drama yang dah habis tonton semasa bulan peperiksaan yang aku rasa siok jugalah macam:

1. Blade Man (Lee Dong Wook - My Girl)
2. A Gentleman's Dignity ( Jang Dong Gun, Kim Min Jong)
3. A New Leaf ( Ini best. Pasal lawyer yang hilang ingatan. Pelakon: Kim Myung Min)
4. Angel Eyes 
5. You Are The Best Lee Soon Shin (IU, Jo Jung Suk - King Two Hearts)
6. Marriage Without Dating ( tengok drama ni sambil ketawa sorang sorang atas katil. Haha)
7. Hotel King ( Lee Da Hae, Lee Dong Wook - My Girl)
8. My Lovable Girl (Rain)
9. My Secret Hotel

Tapi masa study weeks sama exam weeks tu memang balik-balik tengok A Gentleman's Dignity, A New Leaf, You Are The Best Lee Soon Shin dan Marriage Without Dating marathon dari pagi sampai pagi keesokan harinya tidak tidur. Haha

My Secret Hotel sebenarnya best sebab ada unsur-unsur thriller jugalah sikit di dalam tapi best sampai episode 4 je sebab lepas episode 4 penulis skrip yang asal meninggal sebab kanser so sambungan dia ditulis oleh orang lain dan personally aku rasa sambungan dia macam haprak sebab sebenarnya aku nak dia dengan pemilik hotel tu bukan arkitek yang merupakan ex husband dia. Watak heroin dia pun ntah kenapa aku rasa lemah gemalai betul sedangkan sebelum tu dia adalah seorang yang confident. Aku yakin jalan cerita yang sebenarnya bukan macam tu. Haha *mode perasan tau semua*

Jadi bila sekarang tiada kerja nak dibuat baru rasa menyesal sebab tiada drama lagi nak ditonton walhal orang lain pulun habis belajar masa study week dan exam week tapi aku tengok korea sampai lebam biji mata. Pasrah je lah jawab paper exams dengan linangan air mata *dramannya haku ni sampai perlukah masukkan hyperbola?* 

Tak delah sampai menangis. Menyesal adalah sebab salah jawab esei yang bernilai 20 markah. LoL *kotoh. Tengok lagi korea sampai tak tidur malam*. Pffttt.

Ehh.. Entah apa-apa yang daku merapu ini. Haha

OK. Sampai sini sahaja setakat ni walaupun aku tau tiada yang baca. Sahaja je cakap macam ada yang baca post ni. Haha. Selamat menghabiskan sisa-sisa 2014. Adios  :)

0 comments:

Post a Comment