Berat badan sekarang ni semakin bertambah seperti tiada penghujung dan sudah tentu saiz badan pun turut bertambah seiring dengan pertambahan berat badan. Lol. Sepanjang 3 bulan posting ni, berat badan naik 10 kg dengan jayanya. Bersamaan dengan pertambahan 2 saiz baju dan seluar. Lol sekali lagi.
Nak dikatakan bahagia tak lah juga. Nak cakap tak gembira pun tak juga. Entah. Nak diet pun tak dapat sebab makanan semua sedap-sedap.
Ah... Kunun nak show badan slim masa konvo nanti tapi nampaknya impian itu hanyalah setakat angan-angan sahaha. Kenapa? Sebab usaha untuk singkirkan lemak berlebihan pun tiada. Manakan mungkin berat badan itu akan berkurangan sendiri? Lol
Senior di sekolah cakap:
Biasalah. Bila dah ada gaji sendiri ni memang secara automatik berat bdan akan naik. Sebab bahagia dapat pegang duit sendiri. Hahaha
P.s: sedihlah kena panggil gems.. T . T
#378



0 comments:
Post a Comment