Friday, May 15, 2015

#381


Aloha

Credit: Google Image


Ada beberapa hari lagi untuk konvokesyen tapi entah kenapa rasa teruja untuk konvo itu tiada. Perasaan dia lebih kepada: Boleh tak kita balik kampung and let me cuci mata untuk seketika sebelum balik semula ke tempat yang tiada line telefon itu? (Oh, jangan salah faham. Saya suka kot tempat itu. Suasana yang tenang untuk bekerja kecuali cuaca yang panas membahang tidak kira siang atau pun malam).

Berbicara mengenai telefon ini, beberapa hari yang lepas (kalau tak silap sebab biasalah orang yang terputus hubungan dengan dunia luar ni susah sikit nak update tentang berita semasa) saya ada terbaca mengenai kenyataan seorang menteri yang menyatakan bahawa kebanyakan/ramai pengguna nombor prabayar (prepaid) di negara kita adalah pekerja asing . Maka, ianya bukanlah sesuatu yang membebankan rakyat kita sekiranya kad prabayar itu dikenakan GST . 

Terfikirlah juga sebab saya ni kan duduk di tempat yang tiada line. Kadang-kadang sahaja line tu ada. Itupun kalau rajin nak cari di dinding rumah, di beranda, di tengah padang. Adakah saya merupakan salah seorang daripada pekerja asing yang beliau maksudkan kerana pada hemat saya, adalah tidak berbaloi bagi saya menggunakan postpaid jika di tempat saya itu simkad saya langsung tiada fungsinya. Nichts. No Signal

Ini bagi mereka yang bekerja di luar bandar seperti saya. Iya, bekerja. Gaji jangan ditanya berapa. Yang penting dapat makan sedap apabila gaji keluar hujung bulan.

Bagaimana pula bagi mereka yang masih belajar di universiti? Yang masih menggunakan duit ibubapa, biasiswa, pinjaman PTPTN untuk meneruskan keterlansungan hidup mereka di sana? Adakah mereka ini seperti golongan-golongan yang mampu membayar bill telefon setiap hujung bulan? Walhal duit makan pun belum tentu ada di hujung bulan. Inikan pula semester. Adakah mereka juga merupakan golongan pekerja asing seperti yang diwarwarkan oleh menteri tersebut?

Terkejut. Terkilan. Itulah perasaan yang dapat saya katakan di sini semasa membaca berita tersebut. Namun begitu, siapalah saya untuk mengeluarkan suara dan menyatakan pendapat peribadi dalam hal ini. 

Belum lagi terbeban dengan kadar GST yang dikenakan pada setiap barangan yang dibeli di pasaraya. Untuk setiap servis yang digunakan. Rasanya nilai RM100 sekarang ini seakan-akan sama nilai dengan RM50 pada suatu ketika dahulu. Ataupun mungkin kurang lagi. sigh

Agaknya bagaimana pula nasib mereka pada masa hadapan? Adakah keadaan pada masa itu akan kembali pulih ataupun bertambah parah?


0 comments:

Post a Comment