Sunday, December 6, 2015

#402

Semalam tengah duduk duduk di dataran bandaraya kipas sementara mendengar Pak Nan berucap di hadapan, kecoh di twitter mengenai kemangkatan Tunku Laksamana Johor, TJ* akibat barah hati. 

Paling akhir saya baca mengenai TJ adalah semasa gambar bersama LL viral di internet satu ketika dahulu. Well, tak semua manusia perfect but I heard/read that he's done so many good things to his people, especially Johorean. Selain daripada TZA of N9, mungkin TJ juga antara anak sultan yang berjiwa rakyat/humble/friendly toward others. 

Tapi berbanding TZA of N9 dan TJ, I find nothing on TZA online. Kecuali artikel hasil nukilan TZA untuk column dalam NST. That is one of the reason why I really admire TZA. Haha!

Ok, back to the real story. Haha

Mati tu pasti. Dalam banyak-banyak peristiwa yang telah/akan berlaku dalam hidup kita, hanya satu sahaja yang pasti: mati. Seperti yang kita ketahui, TJ mangkat pada usia yang sangat muda, iaitu 25 dan masih belum berkahwin (that is another story to tell but for now I just want to write on death). 

Kita tidak tahu bila kita akan mati. Bagaimana kita akan mati. Siapa yang akan menangisi kita setelah kita mati. Bila baca berita mengenai TJ, terdetik tiba-tiba dalam fikiran: sudah cukup bersediakah saya untuk mati? Cukupkah amalan saya sepanjang hidup di dunia ni? 

Memang setiap hari ada sahaja orang yang pergi meninggalkan kita di dunia ni tetapi tak faham kenapa kemangkatan TJ lebih memberi impak. Mungkin sebab tiap kali buka twitter mesti nampak post mengenai TJ. Even Awani501 pun banyak post tentang TJ. 

Apa-apa pun rest in peace TJ. Your people loves you. I think you know about it. 

Kita yang hidup ni mungkin harus membuat persediaan awal juga. Mana tau lepas ni kita pula

Adios




0 comments:

Post a Comment