Tahun baharu hari kedua.
Gosh. Sekolah tak banjir. Berita yang lagi teruk daripada itu: Air hujan tiada. Double Gosh. Macam mana nak mandi, nak masak, nak menunaikan hajat di hati dan di perut selepas ini nanti?
Tahun baharu ni bermaksud budak kelas peperiksaan pun baharu. Jadi level pemahaman pun tak sama macam budak sebelum ni. Nampak dah masa depan dengan budak bertiga ni. Agak-agaknya setiap hari lah ni nanti stress makan hati berulam jantung tengok keputusan ujian mereka.
Tahun baharu, azam baharu tapi entahlah apa azam tahun ni. Haha. Teruskan hidup dengan bergaya? Lol
p.s:
Belum balik sekolah dah stress fikir pasal budak-budak. Belum lagi orang atasan yang menyibuk nak datang sekolah. Aish. Stress.
#405



0 comments:
Post a Comment