Dari tadika dah aku memang terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah. Di rumah memang baca akhbar Inggeris tapi jangan tanya kenapa BI aku teruk terutamanya bertutur. Menulis ok lagi.
Tahun satu aku masuk kelas hujung. Sebab pihak sekolah letak murid secara randomly dalam kelas. Kelas paling sakit adalah kelas BI. Walaupun aku faham tapi aku tak pandai bercakap. Fail. Kelas paling best kelas matematik sebab cikgu dia best.
Masuk tahun dua masih lagi kelas hujung tapi masa ni kedudukan kelas memang top 10 lah selalu. Result memang terbaik masa ni. Lebih-lebih lagi kertas BM dan Maths. Biasalah. Maths tahun dua kan masih senang. Lol. Tapi BI oral memang ke laut la jawapannya walaupun bertulis ok.
Tahun tiga mula masuk kelas atas sampai tahun enam. Orang panggil kelas elit sebab kelas harapan masa peperiksaan. Masa ni baru rasa sakitnya tu di sini belajar matematik. Aku tak taulah juga macam mana aku lulus ujian bulanan tapi memang tak faham pun terutamanya yang penyelesaian masalah. Paling aku benci tu dulu soalan bahagi melibatkan dua angka. Contoh macam 1340 bahagi 14. Jadi aku rasa lucu juga sekarang ni marah budak selalu salah buat latihan sebab dulu macam sama ja tapi taklah sampai ujian gagal terus.
Tahun enam tu baru aku tau cara menjawab ujian yang betul. Aku syak otak aku ni kalau bukan peperiksaan awam dia malas sikit nak bekerja. Sebab setiap kali lepas sekolah rendah, matematik aku hanya akan dapat A masa peperiksaan awam. Kecuali kertas matematik tambahanlah. Tu gagal terus kecuali masa awal ujian tingkatan empat dan semasa SPM. Lol. Oh, tapi matematik moden power kot A terus. Kehkeh.
Masa masuk IPG ada satu kali gagal kertas matematik. Repeat paper satu kali untuk kertas trigonometry. Lol. Repeat paper pun markah nyawa-nyawa ikan.
Sebenarnya aku hairan juga. Macam mana budak lemah matematik macam aku ni akhirnya berjodoh dengan matematik entah tak tau sampai bila. Selagi masih di sekolah tu selagi itu lah aku jumpa matematik.
Kenapa sekarang aku rasa tertekan gila dengan budak-budak aku yang lemah matematik padahal dulu aku pun sama juga macam mereka. Siap tiru jawapan budak cina tepi meja dulu. Tulah yang banyak geng cina dulu masa sekolah rendah. Hoho
Macam ni kot rasa cikgu-cikgu aku dulu. Stress ajar budak-budak yang diajar banyak kali pun masih buat benda salah yang sama.
Aku syak aku kena tempias sumpahan cikgu matematik dulu yang marahkan budak gagal tapi aku kena sekali.
Oh Tuhan, adalah ini karma? Haha
P.s. Nampak tak betapa dahsyatnya markah budak aku untuk peperiksaan pertengahan semester satu? Lol
P.s.s. Teringin nak sambung masters tapi tak yakin dapat angkat ke tak matematik tu. Berfikir lagi ni mau sambung ke tak walaupun hati tu memang nak. Takut nanti repeat paper terus. Hmm
#410



0 comments:
Post a Comment