Saturday, March 4, 2017

#429

Mungkin ulang alik kelabit-miri dah jadi habit. Mungkin bangun pagi jam 4.00 pun dah jadi habit. Mungkin tidur jam 8.00 malam pun dah jadi habit. 

Aku tak tahu lah apa masalah Gb nak juga bagi kerja turun taklimat saat terakhir, bergegas dari sekolah jam 11.00 dengan kelajuan 100km/j, ditambah lagi dengan keadaan trafik yang agak  sesak dari Bakong-Miri. Sampai miri sempat mandi lepas tu jalan lagi ambil kertas ujian, ke pejabat sekejap terus ke tempat bertaklimat. 

I am exhausted. 

Damn. 
Lama-lama macam ni tak masuk 30-an pun aku dah nampk macam nenek umur 70-an.

Happy pill pun semenjak dua menjak ni langsung tak kelihatan. orang akademik agak sibuk sekarang.

Cakap pasal akademik, aku tak buat lagi kertas ujian sebab penat gila. 
Walaupun hanya kertas ujian Maths yang beberapa set sahaja itu. 

Tau tak perasaan yang give up dengan sekolah? Dengan budak? Dengan colleagues? Dengan happy pill?

Gila. Baru posting tahun ke-2, mengajar untuk tahun ke-3. 

Macam mana nak tahan untuk 34 tahun lagi?

P.s: Mr.S, macam mana u boleh tahan kerja dengan persekitaran yang memenatkan dan menyakitkan hati selama ini? 



0 comments:

Post a Comment