Friday, March 17, 2017

#432

Aku rasa aku sudah tahap gila bila sekarang berani buat GB baru tu macam tiada siapa-siapa.  Bukan niat nak lawan orang yang lebih tua tapi bila buat benda yang tak fikirkan impak nanti ke atas orang lain memang bikin panas.

Aku tahu budak-budak aku semua gagal kertas ujian aku kecuali dua orang sahaja. Dua orang sahaja yang lulus daripada 10 orang ( Tahun 3 - Tahun 6).  Aku tak tahulah mungkin Gb tu nampak aku main-main  masa mengajar, mungkin dia nampak aku duduk sahaja kah tak mengajar, macam dia duduk dalam kelas bercerita.

Maths kot! Kau expect budak tu hebat maths terus dapat A berderet tiap kali exam?

Aku pun sakit hati kot tengok kertas maths aku gagal, lagi- lagi yang tahun 6. Gila apa tak stress? Macam usaha 3 bulan tu kena tuang terus direct masuk jamban.

Lepas tu kerja aku seorang berderet. Ya, aku ada nampak orang post bersyukur dapat rehat sehari daripada ******. Memang, kerja pejabat aku melibatkan Hem sahaja. SAHAJA. Tapi bawah Hem tu ada apa?

Ada kwapm. Ada bantuan lain. Ada disiplin. Ada kesihatan. Ada keceriaan. Ada apdm i'm not a robbot. Ada ssdm. Ada spbt. Ada rmt. Ada susu1malaysia. Apa lagi?

Lepas tu kau expect aku dapat meng'A' kan budak?

Belum lagi kena kejar untuk buat program hem, meeting hem, kertas kerja hem.

Kau apa tau? Duduk dalam bilik Gb renung dinding.

Lepas tu kadang-kadang kerja orang lain pun aku buat sebab aku malas dengar orang meroyan. Nanti aku pun ikut meroyan sama.

Fikir la ba. Tau sekolah kecil tolong-tolong la orang lain.

Shit.

0 comments:

Post a Comment