Saturday, June 10, 2017

#437

Beberapa bulan ni ada drama di twitter yang buat aku berfikir berpuluh kali untuk berkahwin (itu pun kalau ada jodoh). Mungkin sebab aku ni jenis overthinking dan aku punya mekanisma menyelamatkan diri ni terlampau tinggi jadi beberapa minggu ni aku selalu berfikir tentang potensi untuk ditinggalkan kalau aku berkahwin kelak dan apa aku perlu buat kalau benda macam ni berlaku (nampak tak belum kahwin dah fikir benda bukan-bukan).

Aku tak faham apa yang pasangan dia nampak masa belum berkahwin dan kenapa tiba-tiba boleh bercerai selepas dah ada anak dan rumah bersama semua tu? Hot tempered, clingy semua tu rasanya dah boleh nampak masa masih couple lagi atau masa tu mata buta untuk nampak semua? Jadi bila dah berkahwin, anak berderet baru rasa menyesal sebab ada orang lain yang lebih ambil berat berbanding pasangan.

Aku tak faham kenapa dah bertahun-tahun baru nak cakap pasangan psycho, demanding, clingy, jealous tak bertempat, emotional, etc padahal muka tu yang dihadap pagi petang siang malam sebelum ni. Adakah sebenarnya sudah bosan? Muak? Kenapa tidak minta putus sahaja semasa masih belum berumah tangga supaya pasangan tu boleh bahagia dengan orang lain? Atau paling bagus tidak perlu sahaja buat apa-apa dari mula supaya orang tu dapat bersama dengan orang lain yang lebih berhak.

Kahwin bukan sekejap, bukan hanya untuk test market, bukan hanya sebab nak elak zina entah apa benda lagi alasan untuk berkahwin. Perkahwinan adalah satu komitmen. Satu bentuk pertalian yang suci, yang mana aku rasa sebelum kau nak mengorat dulu dah kau fikir, betul tak kau sayang orang tu, nak kahwin dengan orang tu sampai bila-bila, dan dapat tak kau hadap angin dia, manja dia, cerewet dia, malas dia, rajin dia dan semualah yang lepas kau kahwin baru kau nampak semua kelemahan dan kelebihan dia.

Bukan bila hati kau dah tawar lepas tu kau tinggalkan saja dia dengan menggunakan semua kelemahan dia sebagai alasan. Jadi kenapa bersama dari awal? Kenapa nak mulakan sesuatu yng akhirnya kau sendiri yang musnahkan? Kenapa bagi harapan kepada orang lain?

Atas sebab-sebab di atas aku rasa aku tak nak kahwin. Aku tak nak ada komitmen dengan siapa-siapa yang bukan keluarga aku sendiri. Kenapa? Sebab aku tahu aku ada banyak kelemahan yang nanti bila satu hari nanti orang akan guna balik untuk buang aku.

Of course aku ada sayang orang tapi bila otak aku dah buat andaian macam tu, automatik aku rasa tidak berbaloi. Untuk apa kongsi semua lepas tu tiba-tiba satu hari kau kena tinggal sebab kau ada banyak kelemahan dan dia tidak mampu untuk handle kau lagi macam dulu.

Tipula kalau aku cakap aku tak nak kahwin. Setiap kali kawan rapat, ahli keluarga atau kenalan kahwin mesti aku rasa macam: entah bila lagi turn aku sendiri nak guna baju pengantin. Tapi itulah, rasa nak kahwin tu sekejap sahaja singgah dan diganti balik dengan semua andaian/posibiliti yang aku reka sendiri supaya bila benda tu berlaku, aku dah ready dah backup hati: kan aku dah cakap awal-awal tapi kau degil juga.

Dan sebenarnya aku dah penat nangis dan pujuk diri sendiri.

***

Aku rasa aku punya masalah overthinking, overprotective ni dah semakin teruk sebab bila sampai sahaja malam aku dah mula fikir banyak benda. Aku dah fikir apa aku kena buat esok dan apa kesan kalau aku salah buat, tidak buat dan semua benda yang boleh buat aku stress dan penat.

Sekarang ni aku rasa bengang dengan seorang penolong penyelia di ppd. Memang aku dah tau awal tiada ptm tahun ni sebab: hey! Semua orang share kot benda tu online tapi aku bukan nak kau share balik lepas tu biar kami yang belum ptm ni duduk termangu tak tau nak buat apa sebab bila dah balik sekolah line internet tu macam siput tahap nak buka apdm tu saja dah berapa kali buka tutup bila I'm not robot tak keluar-keluar!!

Boleh pula dia cakap dia tak tau!

Jangan sharelah kalau tak tau!! Benda tu bukan kau boleh isi sebarang tanpa taklimat semua tu! Nanti bila orang dah isi mula lah cakap salah isi lah, bukan macam tu isi lah.

Habis tu apalah kerja kau di ofis kalau bukan tanya la ke JPN ke BPG ke macam mana nak urus benda tu. Fff.

Mentang-mentang tu group PK jadi kau fikir semua dalam tu dah PTM lah. Damn.

Benda macam ni memang akan buat aku overthinking sebab aku belum lagi sah jawatan dan gila apa dah nak masuk 3 tahun bekerja masih lagi tak sah-sah?

****

Gambar tiada kaitan tapi sebab aku rasa page kosong dengan tulisan banyak-banyak tu membosankan jadi aku share saja apa-apa gambar yang ada dalam phone ni. Pfft.

0 comments:

Post a Comment