Monday, October 10, 2011

ENTRY SEMPAT BLOGGING



hermmm.... sempat lagi blogwalking sebelum paper literasi nombor. pening kepala rupanya masih belum hilang lagi. agaknya apa yang sesuai dimakan untuk menghilangkan rasa pening ni? semalam jam lapan lebih dah berselimut di atas katil. tak sempat buat revision untuk paper english pun. pagi tadi pun sama. kesiokan menikmati hujan sampai alarm pun tidak dikisahkan. nasib baik masih sedar lagi yang belum baca apa-apa untuk paper english.


tak sabar tunggu paper literasi nombor habis. saya nak tidur. saya nak lupakan semua. saya nak masuk ke alam mimpi untuk seketika. biarlah rasa gembira itu ada walaupun hanya sekadar dalam mimpi. dia cakap: tak lama lagi gila la awak ni... hahaha... jangan doakan saya gila. doakan saja agar saya gembira.


esok... esok... hurmm... esok adalah kenangan masa lepas. masa lepas adalah sesuatu yang telah hilang, dan tidak akan pernah kembali.


ahhh... lupakan....


Hello  Van Hiele.
Siapa tahu Van Hiele, sila angkat jari!! yay...
siapa ada belajar pendidikan matematik patut tahu siapa Van Hiele. Orang yang memperkenalkan model pembelajaran untuk geometri.  Van Hiele cakap ada 5 tahap kesemuanya:

Tahap 0: Visual
Tahap 1: Analisis
Tahap 2: Abstrak
Tahap 3: Deduksi
Tahap 4: Rigor


yang pasti tahap 3 dengan 4 itu ada kaitan dengan Euclidean Geometry. ehhh... tengok jam... macam tak sempat baca habis nota literasi nombor. saya offline dahulu.. bye  :)

0 comments:

Post a Comment