terfikir juga seketika selepas selesai membaca satu blog ni yang berpandangan sekular. Blogger yang tahu membezakan agama dengan benda-benda yang berlaku di sekelilingnya. Blogger yang buat orang berfikir, dan berusaha untuk memperbaiki hidup bagi hari-hari yang seterusnya.
saya suka cara penulisannya. ada unsur sarcastic tetapi betul. Itulah realiti. Contohnya, si A benci Yahudi [ bukan bermaksud saya berpihak kepada Yahudi atau sebaliknya. ]. Dalam blog tulis pasal kekejaman Zionis di Palestine, mengajak orang untuk memboikot barangan Yahudi. Tetapi makan KFC, McD, minum Coke, guna Colgate untuk berus gigi. Bukankah ini hipokrit? You ajak orang tapi you sendiri tak amalkan. Tak praktikkan. Tapi menyalahkan orang lain yang membuat, memandang serong kepada yang terlibat.
Kalau iya pun nak mempertahankan tanah Palestine, kenapa tidak bagi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan kepada mereka agar mereka dapat hidup seperti orang lain dan kemudiannya bangun untuk menentang kekejaman Zionis. Bukannya memboikot barangan mereka, walhal tidak memberi apa-apa efek kepada negara Israel pun.
Sama macam saya. Let say I condemn those who never go to churches on Sunday. Walhal saya sendiri pun masa di KK tak pergi sembahyang hari Ahad [ ini realiti, saya mengaku]. Contoh lagi, Saya jijik tengok orang dating pegang tangan.[ contoh sahaja] sebenarnya sendiri pun sama juga, berpegangan tangan dengan boyfriend masa dating. Cerminkan diri sebelum mengata orang lain.
Sama macam orang cakap saya ni kuat bercakap [sejak jadi hiperaktif dalam kelas], tapi tak pandai bergurau. Well, dah saya jenis serius, nak buat macam mana. Daripada buat lawak yang akhirnya mencetuskan pergaduhan, bagus lagi cakap mengenai sesuatu yang serius dan boleh difikirkan bersama. Mana tahu ada jalan penyelesaiannya. Bukan saya nak cakap saya tak suka lawak. Lawak moderate okeyla. Lawak yang mengeratkan silaturahim, bukannya yang memutuskan perhubungan. Kalau serius sangat pun lama-lama boleh gila. Macam saya.
Things are the same with Valentine's Day. Selama 20 tahun saya hidup sebagai seorang Katolik, saya tak pernah dengar gereja menggalakkan maksiat. Agama mana yang menggalakkan maksiat. Tell me. Saya masih tak faham kenapa orang cakap maksiat tu sebati sudah dengan kristian. Walhal, maksiat tu boleh dilakukan oleh sesiapa pun, tidak mengira umur, agama, pangkat ataupun rupa. Kristian cakap, even ko pandang perempuan pun dah kira zina. apatah lagi kalau ko menginginkan hak orang lain. walaupun hanya dalam hati.
Jika semua pun masih di takuk lama, masih lagi berpegang pada pandangan lama, hanya merasakan diri sendiri sahaja yang betul, apa-apa pun takkan boleh jadi. Kenapa kita harus berfikiran tertutup? BE AN OPEN MINDED PERSON. Terima pandangan orang. Jangan asyik nak mengutuk orang sahaja. Lepas tu butt hurt bila ada orang membidas. manusia, manusia... = . =
![]() |
| saya tak ingat source dia... saya hanya copy pate URL sahaja. |
p.s: jangan samakan agama dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda. Agama tujuannya untuk mengawal manusia darpada melakukan kesalahan dan dosa, bukannya membidas atau menghukum manusia.
SECULARISM??



0 comments:
Post a Comment