Friday, December 2, 2011

DECEMBER



Desember, merupakan bulan terakhir dalam kalendar Gregorian yang telah digunakan sejak Tahun 1582. Dan ini juga bermaksud bersisa beberapa hari lagi untuk penghujung Tahun 2011 dan menjelangnya Tahun 2012. Tahun 2011 ini membawa banyak kekecewaan dalam soal peribadi dan semoga bulan yang terakhir ini membawa harapan terakhir yang mengembirakan bagi Tahun 2011.

Jika penghujung tahun 2010 merupakan permulaan kepada perkhabaran yang mengecewakan untuk sepanjang tahun yang seterusnya, bermula dengan berita kegagalan dalam kertas Maths 2 bagi semester terakhir Pra Program Ijazah Sarjana Muda (PPISMP). Tiada sesiapa yang patut dipersalahkan melainkan diri sendiri yang terlalu taksub dengan kejayaan yang dicapai dalam semester-semester yang sebelumnya. 

Mungkin tahun ini bukanlah tahun yang terbaik dalam hal ehwal peribadi namun tidak bagi pelajaran. Sekurang-kurangnya Tuhan tidak melupakan saya dalam hal ini. Thanks Lord  :)
bukan yang ini

Tahun depan belajar Statistik. Statistik.... Untuk orang lain statistik tu mungkin sesuatu yang mudah, namun tidak bagi saya yang memang lemah matematik dan kira mengira sejak azali. Statistik adalah salah satu tajuk yang sering buat  buntut ni terasa panas duduk di dalam kelas. Bukan setakat statistik, kalkulus pun sama. Agaknya apa yang akan berlaku tahun depan, bila perlu menghadap kedua-dua subjek ni selama lebih kurang 6 jam seminggu? Jika tambah lagi dengan lecturer yang mengajar macam 'terbaik dari ladang tenusu', rasa-rasanya otak pun boleh jadi leper macam nota exam. Demam sepuluh bulan purnama pun belum tentu faham.
selamat datang ke dunia matematika

terima kasih kepada result SPM dulu, sekarang ni saya bakal jumpa balik dengan beberapa tajuk yang saya anggap dulu pembunuh senyap [ sebab mengurangkan jangka hayat sedia ada setiap kali menjawab soalan peperiksaan yang diberikan ].

Nampaknya hujung tahun ni terpaksa dikorbankan demi kesejahteraan hidup tahun depan. Berkorban sedikit masa rasanya perlu, jika berbaloi. 
Lagi pula, tiada apa-apa juga yang perlu dilakukan hujung tahun ni melainkan  mengira hari untuk graduasi [ ceh... haha]

Harapan tahun baru:

 Semoga sukses sukses selalu, dalam hal peribadi mahupun pelajaran. 
semoga diberkati Tuhan untuk hari-hari yang seterusnya.
semoga tidak mengabaikan apa yang harus, dan bukannya mengutamakan apa yang tidak perlu.
semoga tidak meninggalkan sembahyang.. hehe...


:)

source: warrior center


prayers: the only way to speak with God




0 comments:

Post a Comment