Aku nak emo sekejap. Malam ni aku tak dapat tidur sedangkan tadi mata ni kuyu je terus. Tapi bila dah baring, tak nak tidur pula dah... Untuk membuatkan mata ni mengantuk balik, aku bukalah berita-berita mengenai isu semasa yang paling hangat sekarang ni: BERSIH 3.0. Aku tak nak komen apa-apa pasal perhimpunan ni sebab aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak. Lagipun duit yang aku guna belajar sekarang ni duit kerajaan. Belajar pun di insititusi kerajaan. Bakal kerja di pejabat dan sekolah kerajaan. Kalau ada yang tak puas hati pun aku diam-diam je. Paling-paling pun bincang dengan kawan sebelah meja je bila curi baca berita di kelas.
Yang aku tak suka bila ada komen yang cakap ini semua tipudaya golongan kafir yang ingin melihat Melayu bertelagah. Aku sebagai non-muslim ni pun butthurt jugak. Iyalah. Apa kaitannya dengan orang kafir. Kalau dah memang nak bertelagah tu, tiada orang kafir pun tetap bertelagah juga. Politik ni kalau boleh jangan dikaitkan dengan agama dan bangsa. Kalau nak gaduh pasal politik, cakap pasal politik je. Jangan nak singkap benda lain pula. Sebab tu la aku tak suka politik ni. Menakutkan. Benda yang tiada-tiada diungkit. Digempar-gempurkan. Mana tak makin teruk. Haish... Dunia... Dunia...
Okey. Baca berita tu buat mata aku makin tak mengantuk. = . =
Sepatutnya aku baca habis buku motivasi yang aku beli tu. Tapi malam ni aku tiada mood pula nak baca. Sebab aku dah langgar satu perjanjian yang aku buat masa nak beli buku tu. Aku cakap lepas aku beli, aku tak nak layan sangat feel yang entah apa-apa ni. Sehari, dua okey je. Hari ni aku tiba-tiba tersedih pula. Haha... Mesti ada orang fikir aku sedih sebab jengg. Okey, aku mengaku adalah juga rasa sedih sebab tu. Hipokrit juga kalau tak mengaku, ya dak der? > . ^
Tapi tak baik dilayan terus. Buku tu cakap: Untuk apa disedihkan perkara yang telah terjadi. haha... Betul... Betul. Jadi aku tak la juga layan sangat. Sebenarnya ada benda lain lagi yang menyedihkan sampai aku rasa aku nak cepat-cepat duduk exam dan habis sem supaya aku dapat jumpa abang-abang aku yang dulunya aku tak suka. heheh... wooottt...
Cakap pasal abang-abang aku ni, masa kecil-kecil dulu kami macam anjing dengan kucing. Lagi-lagi bila aku sorang je perempuan. Tapi bila dah besar ni aku rasa bersyukur sangat aku ada abang-abang macam dorang. Masa aku perlukan duit, dorang hulurkan bantuan. Bila aku nangis, aku kol je salah seorang dari abang aku tu. Bila tau yang dorang selalu ada untuk adik dorang yang cengeng ni, terus hilang kesedihan. Haha... Woottwottt... Tapi aku call bukan nak mengadu. Aku saja je call supaya aku tak fikir terus masalah aku. Best tau ada abang-abang yang sudah bekerja dan dewasa. :)
Sekarang seronoklah sebab dorang belum kahwin lagi. Bos-bosku sekalian, tunggulah sampai aku grad nanti baru kahwin, k. hehe... Ura-ura mengatakan abang sulung aku sekarang ni dalam proses mengumpulkan dana untuk wang hantaran. Amboi.Tak lama lagi ada kakak iparlah aku ni. Harap-harap pilihan tu tak salah. Teringin jugak aku ni ada kakak ipar orang Sabah. hehe.. opss... kedapatan.
Aku? Hmmmm... Belum terfikir lagi nak kahwin. Aku tak nak cakap pasal kahwin-kahwin ni sebab aku sensitif sikit pasal bab ni. Kalau ikutkan hati, aku memang nak kahwin. Tapi kadang-kadang aku rasa macam tak nak kahwin. Ehh.. Bengong. Tipulah kalau aku cakap aku tak nak kahwin. Aku pun nak bahagia macam orang lain jugak. Tapi semua tu mungkin angan-angan je kot. Tak apalah. Masih lama lagi untuk fikirkan semua itu. Grad pun belum dah fikir benda-benda yang melalaikan. Ne ndak pointer turun terusss...
huhu.. Sem ni aku nak naikkan pointer aku balik supaya aku dapat bergumbira sem depan. Supaya bila aku masuk balik bulan Jun nanti, aku tak lah macam awal sem ni meroyan sekejap tak dapat terima kenyataan yang pinter aku kena potong. perghh..
Ba, chow lok. Aku sik dapat tido lambat gilak. Mun lebih dari jam 12 tengah malam, terpaksalah aku berjaga sampai pagi. Nasib bait sok labour day. Bolehlah aku lambat-lambat. Heeeee :D
Adios...
p.s: Good bye April. Welcome dear May ... wootttwooott~~
MIND SPEAKING



0 comments:
Post a Comment