Thursday, May 3, 2012

DEKAN




Semalam Timbalan Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia datang melawat. Motif utama adalah untuk membuat pemantauan terhadap fasiliti-fasiliti yang terdapat di IPG. Namun sempat juga diadakan sesi Timbalan Rektor bersama pelatih IPG teettt. Sedang sesi bersoal jawab diadakan, tiba-tiba persoalan mengenari anugerah DEKAN ditimbulkan. Mungkin tidak ramai yang tahu, Institut Pendidikan Guru seluruh negara telah dinaikkan taraf kepada Universiti, walaupun tidak berfungsi seperti kebanyakan Universiti sepenuhnya.

ANUGERAH DEKAN

Menurut beliau, IPG tidak menawarkan Anugerah Dekan untuk setiap semester kerana IPG bukanlah sebuah Universiti walaupun IPG ada menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bachelor in Teaching). Walaupun ianya telah dinaiktarafkan, ianya masih lagi bukan sebuah universiti seperti kebanyakan universiti lain.  Bagaimana pun, Ijazah yang ditawarkan telah mendapat kelulusan dan akreditasi daripada pihak MQA dan ISO. Ini bermakna ijazah-ijazah ini diterima pakai di Malaysia khususnya, terutamanya dalam bidang perguruan. 

Perbezaan IPG dan Universiti adalah IPG tidak mempunyai jawatan bagi Canselor, Naib Canselor, dan Dekan setiap Fakulti. Tambahan pula, IPG tidak mempunyai tenaga pengajar yang berjawatan profesor jika dibandingkan dengan Universiti-universiti lain. Oleh kerana itu, antara anugerah-anugerah yang dapat diberikan kepada para graduan lepasan IPG adalah seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik (Matapelajaran Major) dan Anugerah Kecemerlangan Khas (Kepimpinan, Kokurikulum, Praktikum). Berbanding dengan mana-mana universiti, anugerah-anugerah ini hanya akan diberikan kepada pelatih yang berkelayakan setelah tamat pengajian selama lima tahun setengah di IPG masing-masing. Namun, tidak semua layak mendapatkannya. Hanya pelatih yang benar-benar terpilih sahaja yang akan mendapatkan anugerah-anugerah tersebut. 

Berterus terang, saya sendiri pun pernah terfikir mengenai persoalan yang sama. Rupa-rupanya IPG dinaikkan taraf tidak bermaksud ianya berfungsi seperti sebuah Universiti secara fizikal. Ianya dinaiktrafkan bagi membolehkan IPG mengeluarkan produk guru yang berkelayakan Ijazah. Ini kerana sebelum ini, Maktab Perguruan (Sebelum dinaiktarafkan kepada IPG) hanya menawarkan kursus Diploma Perguruan/Pendirikan dan Sijil Perguruan (satu ketika dahulu). 

Apa-apa pun, yang pasti sekarang ini, belajar sebaik mungkin untuk mendapatkan pointer 3.5 ke atas walaupun tiada anugerah Dekan. It's a self satisfaction. A self recognition.  :)

haha.. hilarious. :D


0 comments:

Post a Comment