Monday, May 7, 2012

TANGAN KIRI | TANGAN KANAN ?



Tangan kiri atau tangan kanan, bagi saya kedua-duanya sama sahaja. Tidak kira dalam memberi/menghulurkan bantuan, atau menerima sesuatu, tangan mana satu yang ingin digunakan adalah bukan suatu yang penting bagi saya. Yang penting barang tersebut selamat sampai kepada orang yang dituju, dan diri yang memberi itu juga ikhlas dalam memberikan bantuan atau barangan.Tapi mungkin tidak bagi sesetengah orang yang memang sejak azali dilatih untuk menghulurkan bantuan dengan menggunakan tangan kanan. Orang cakap lebih manis dan ikhlas.

Konsepnya sama seperti menghulurkan salam menggunakan tangan kanan, dan bukannya tangan kiri. Tetapi kalau masa tu kita pun tengah sibuk, tiba-tiba rakan di depan/belakang meminta bantuan untuk menghulurkan sesuatu, dan secara tidak sengaja kita pun mengambil barang tersebut menggunakan tangan kiri lalu menghulurkan barang tersebut kepada rakan yang meminta tadi. Lagi-lagi jika barang tersebut lebih dekat dengan tangan kiri kita. Apa yang akan berlaku? Untuk seseorang yang tidak mudah berkecil hati, perkara tersebut mungkin hanya perkara kecil sahaja. Namun apa kata mereka yang mudah berkecil hati?  Ini mungkin memberikan impresi buruk terhadap diri anda.

Walau bagaimana pun, saya sendiri tidak mengambil kisah perkara ini memangdangkan saya juga menggunakan mana-mana tangan yang saya rasa selesa digunakan untuk memberi. Yang penting: IKHLAS. Tiada gunanya juga jika menggunakan tangan kanan untuk menghulurkan sesuatu sekiranya hati tidak ikhlas untuk memberi.


*   *   *



Tak semua apa yang kita rancang akan berlaku. Dalam hidup kadang-kadang jalan yang kita lalui akan bercabang. Pilihan itu di tangan sendiri sama-ada untuk meneruskan perjalanan yang lurus, atau ingin membelok ke kiri mahupun ke kanan. Namun sekali kita melencong dan tidak sedar-sedar, setibanya di pertengahan jalan, kita tidak akan mampu berpatah balik lagi ke pangkal jalan yang lurus. Pilihan seterusnya adalah mencari jalan yang tepat untuk kembali semula ke jalan yang asal. Namun, adakah masih ada persilangan antara kedua-dua jalan tersebut?

Apa yang tinggal adalah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman di masa hadapan. Perjalanan hidup tidak selalunya lurus. Kita pun tidak selamanya di atas. Jangan memandang rendah orang lain. Kamu pun tiada bezanya. 

0 comments:

Post a Comment