sebagai seorang perempuan, saya rasa saya tidak layak mengaku sebagai perempuan. walaupun mempunyai tahap ketolerasian yang tinggi, tetapi tahap kesabaran adalah sangat rendah terutamanya apabila menyentuh isu sensitif atau dengan orang yang tidak digemari. diringkaskan: I am a short tempered person. titik. short-term lost memory tu pun saya jugak. degil tu pun saya jugak. sampai kena ugut baru nak dengar. sampai ada yang surrender nak handle saya. ya, saya sangat sukar untuk dijaga bagi sesetengah orang.
saya paling tak suka bila orang mempertikaikan tempat kelahiran dan tempat tinggal saya apabila saya tersesat di tempat sendiri atau salah memberi arahan. seperti yang telah dinyatakan, saya adalah seorang yang cepat lupa. tambah lagi bila cuti saya jarang keluar. kalau cuti tak payah susah-susah cari saya. cari ja di rumah. kalau tak di rumah, di kampung. saya sejak kecil memang jarang keluar. kepada bakal mak mentua (kalau saya kahwin), jangan risau, saya sangat dijaga dengan baik oleh keluarga saya di rumah. saya bukan kaki jalan macam sesetengah orang. juga bukan bohsia = . =.
sejak sekolah rendah lagi saya jarang berpeleseran. Hujung minggu tuisyen bahasa inggeris. hari ahad kelas sundayschool. isnin hingga jumaat di sekolah sampai petang. bila cuti sekolah balik kampung. kalau tak balik kampung ikut aktiviti keagamaan di gereja. bila habis aktiviti di gereja, tak sedar sekolah dah nak mula. bila masuk sekolah menengah, jadual pun lebih kurang sama. isnin-jumaat di asrama. hujung minggu kalau outing balik rumah tidur. ahad keluar untuk ke gereja dan membeli barang keperluan sekejap terus balik asrama. cuti sekolah kalau ada seminar keagamaan, ikut. jadi logik tak kalau saya tak tahu jalan di MIRI?
ohya, jangan banding-bandingkan saya dengan orang lain. itu hanya akan mengeruhkan keadaan. saya membesar dengan dibandingkan dengan sepupu genius saya. rasa tidak puas hati apabila dibandingkan sejak kecil itu terkumpul sehingga membentuk satu lohong hitam lagi gelap di hati, iaitu satu perasaan yang sangat negatif terhadap sepupu saya itu. Ia bukannya perasaan benci. kalau benci saya takkan ambil kisah tentang dia, atau berbual dengan dia kalau terserempak di kampung. jadi, tolong jangan banding-bandingkan saya dengan sesiapa. marah sudah dikira sebagai dosa. apatah lagi perasaan gelap yang terpendam di dalam hati itu. tolong jangan tambah dosa saya.
lagi satu. saya tahu saya jarang senyum. bukan bermaksud saya tengah marah. tidak. kalau marah kamu akan tengok saya akan diam-diam dan bila diganggu, saya akan menyembur pedas orang yang mengganggu tu. saya pernah kena aim senior di UiTMCS gara-gara tidak menegur senior di kaki lima. okey. itu silap saya. tapi bayangkan senior tu tengah bercerita dengan kawan-kawan, atau buat muka ganas macam nak gigit orang. berani ke tak tegur? alternatif saya adalah melarikan diri. dan malam tu kena brainwash di dewan kuliah (DK) oleh senior-senior lain. habis di dewan kuliah sambung lagi di dewan jubli (DJ). syukur satu minggu ja di sana. fufufu...
apa-apa pun ini post ledakan perasaan akibat tekanan dan tiada kaitan dengan sesiapa kecuali orang yang tengah menyebabkan ledakan ini berlaku. terima kasih kepada beliau saya ada idea baru untuk tulis new post walaupun entah apa-apa. nasib bait palak ko sik tercabut tek. asa dak mok putar-putar jak sampey ko muntah sia.
motif menulis ni? saja nak bagitau:
I'm not perfect. Don't expecting much from me. I'm not an ideal girl , but I'm trying to.
#1




0 comments:
Post a Comment