Friday, June 8, 2012

GOTCHA.. eh??


by mathsmaniac

Ini adalah post suka-suka.

perasaan benci dan menyampah adalah dua perasaan yang jarang dapat dielakkan terutamanya ketika api kemarahan tengah meluap-luap seperti lava gunung berapi. tengah marah inilah banyak hasutan yang datang menerjah satu persatu. mulalah berfikir dan membuat plot untuk menghancurkan orang lain. sebab masa marah ni selalunya kesedihan orang lain adalah kegembiraan untuk diri sendiri. tapi sedar tak sedar, kesannya memakan diri sendiri kelak. bukan orang lain yang terbakar, kain sendiri juga yang terbakar nanti.

jika orang lain dapat menangani masalah dengan baik, kenapa bukan diri sendiri?

saya teringat dulu saya selalu menangis. masa menangis ni macam-macam perasaan ada. perasaan marah, benci, dendam. semua yang negatif ada. masa tu juga macam-macam benda yang difikir,diplot, dirangka. tetapi bila dah tenang balik, untuk apa semua itu dilakukan? lebih baik mencari alternatif lain untuk menceriakan hidup daripada berfikir cara untuk membalas dendam. kalau tak pun fikirkan semua benda yang menyakitkan hati sebelum ini yang pernah berlaku sehingga tidur. bangun nanti confirm lupa semua ( jangan amalkan. )  = . =!!

berdoa mungkin pilihan terbaik tetapi selalunya jarang berkesan sebab mulut terkumat-kamit membaca doa  tetapi hati punya merapu meroyan benda bukan-bukan sambil air mata bercucuran. oh ya. kalau saya terlampau marah, saya nangis. kalau saya sedih pun saya nangis. rasa bersalah pun nangis. bukannya saja-saja nak menangis. air mata yang automatik keluar tanpa dipinta macam perenjis air untuk kebakaran tu walhal tak perlu keluarkan air mata pun.

dendam tidak akan membawa ke mana-mana kecuali kehancuran. menambah dosa yang memang sudah sedia ada dalam diri. sebab tu saya tak nak ada fb atau tweeter. lagi tekanan. semua benda nak dilaharkan di mukabuku. semua benda nak ditweetkan di penchipchip. saya yakin dua-dua medium sosial ini hanya menambahkan dosa saya yang tak pernah surut-surut  ini. = . =!!

sekarang ni aktif fb sekejap sebab ada urusan yang perlu dilakukan dalam usaha menghubungi sahabat lama yang nun jauh di seberang sana. memandangkan hp pun dah banyak kali tukar, jadi semua nombor-nombor kenalan lama di zaman sekolah hilang begitu sahaja entah ke mana. wekk... rindu dorang weh... nak main-main macam dulu . haha...

ah.. tinggal satu minggu saja lagi sebelum balik KK. tiba-tiba harap cuti ditambah sampai tahun depan sebab tak nak balik sana dah. pelik. masa awal cuti nak balik KK. bila cuti dah dekat nak habis, minta pula cuti dipanjangkan lagi. tak bersyukur langsung. hmmm...

p.s: balik ni tambah jam kelas memandu. alahai.... huhu... L pun dah tamat hujung bulan 4 hari tu. keluar lagi duit. sobsobsob... T . T


p.s.s: every relationship have its barrier and limitation. I've put some barriers between me and those guys near me, except one. I've line some limits in my circle of  friends except those close to me. jaga-jaga dengan barriers dan limitations tu. saya pun boleh jadi singa juga kalau dah over.



0 comments:

Post a Comment