| I am somewhere here :) Credit: Google Image |
Ahad lepas merupakan hari pertama dalam seumur hidup menjejakkan kaki ke kawasan Bakong yang letaknya satu jam setengah dari Bandaraya Miri. Bermaksud sudah tiga hari saya berada di sini dan hari ini merupakan hari kedua saya menghabiskan masa di sekolah dengan berjalan-jalan dari bilik guru sehingga ke ruang RMT di hujung bangunan. Majoriti penduduknya adalah berbangsa Iban dan nampaknya saya perlu berusaha untuk mempelajari Bahasa Iban bagi memudahkan proses berkomunikasi. Haha, Okey... Melayu Sarawak pun tak pass. pfft
Nampaknya sepanjang minggu ini akan dihabiskan dengan duduk di meja guru, merenung air banjir di bawah bangunan sekolah daripada tingkap bilik guru sambil mencuri pandang ke arah guru-guru dan kerani muda sekolah. LoL. Nampaknya hasrat Dijah supaya saya ditempatkan di kalangan guru-guru lelaki bujang dan muda termakbul tapi sayang tiada makna kerana sampai sekarang saya masih lagi bermain sembunyi-sembunyi di bilik guru kanan (ruang guru biasa dah penuh. Haha). Keluar pun terjengket-jengket takut kedapatan seperti seekor tikus yang sedang mencuri makanan. LoL
Sejak masuk sekolah, rasa-rasanya hubungan dengan dunia FB pun telah terputus. Dahulu, walaupun tidak membuka FB, sekurang-kurangnya dapat tahu perkembangan terbaru mengenai apa-apa yang berlaku di group FB, terutamanya berkenaan dengan isu penempatan guru baharu. Sekarang, notification pun tiada gara-gara tiada line. Harap-harap tidak ketinggalan berbanding rakan lain yang berada di kawasan bandar. Sekarang ni pula update blog guna wifi yang segan gila. Haha
Oh, ya. Sekolah kami masih lagi banjir dan kami menggunakan sampan dengan bantuan murid untuk mengemudi ke sekolah yang letaknya di tepi rumah guru sahaja. Rasa-rasanya kalau banjir surut jarak asrama Meranti Gaya ke kelas lagi jauh daripada rumah guru ke sekolah.
Sebenarnya saya masih lagi belum mengajar dan kehidupan di bilik guru sememangnya mencabar keimanan dan kesabaran daripada terus mencuri tulang dan pandang ke luar. Guru-gurunya memang mesra tetapi entah bilalah perasaan malu tak bertempat ni nak hilang. = . =
Sekolah ini sebenarnya dalam kategori SKMB (SKM- Sekolah Kurang Murid, tak tahu B itu sebenarnya membawa maksud apa), dengan bilangan muridnya yang hanya seramai 21 orang (prasekolah + sekolah rendah). Satu kelas paling ramai 4 orang kalau tak silap. Kelas tahun 3. Kesemuanya lelaki. Bilangan guru termasuk kerani sekolah dan pembantu prasekolah pula sebanyak 14 orang. Haha.
Walaupun tiada hiburan, tetapi sekiranya rajin memasang telinga ke kelas sebelah, pasti akan kedengaran lawak jenaka tidak kira daripada guru mahupun murid. Seronok sebenarnya mendengar mereka berceloteh dari pusat sumber mahupun dari bilik guru. Macam-macam topik keluar. Sampai ke isu hari kiamat pun ada. Haha
Tiba-tiba rindu Sabah. LoL. Sebab lebih familiar dengan bahasa dan persekitarannya. Nampak sangat pengkhianat nusa dan bangsa. HAHA
Ba. Adios. HAHA

#373

0 comments:
Post a Comment