Thursday, January 22, 2015

#372


Olala. Happy New Year 2015

Belum tamat pun lagi tahun 2014 dah hari-hari hujan. Sampai hari ni. Jadi saya berikan nama tahun ini sebagai Tahun 2015 yang Basah. Haha. Syukur sekarang ni di rumah jadi tak perlu risau baju tak kering, duit tak cukup untuk makan. Gembiranya dah tak perlu tunggu elaun untuk meneruskan keterlansungan hidup. Hiks :D

Sebenarnya dari hujung tahun lepas sehingga awal tahun ini agak sibuk setiap hari sebab pergi kelas memandu yang dahulunya saya terkandas seketika semasa QTI di KK. LoL. Siap salahkan kereta proton yang terbalik wiper dan signal. Tapi memang pelik kot proton. Kenapa wiper dan signal terbalik?  = . = . Terkandas di QTI sampailah awal bulan Desember 2014 ambil semula kelas memandu dari mula iaitu dari menghadiri kursus KPT 1 (6 jam), Ujian komputer,  KPT 2 (5 jam), Latihan memandu (10 jam), QTI dan Ujian Amali JPJ.


Credit: Google Image

Bercerita mengenai kelas memandu ni, bermula daripada Oktober 2014, penggunaan kurikulum baharu untuk belajar memandu telah diperkenalkan di setiap pusat latihan memandu seluruh negara. Memandangkan saya sempat mengikuti kurikulum lama, jadi memang ada banyak perbezaan antara kurikulum baharu dan kurikulum lama. 

Perbezaan pertamanya adalah bilangan kursus. Semasa kurikulum lama, saya hanya mengikuti kursus sebelum belajar memandu dengan tutor hanya sekali, berbeza dengan sekarang iaitu sekali sebelum ujian komputer dan sekali lagi selepas lulus ujian komputer.  Kursus pertama macam biasa mengenai peraturan-peraturan jalanraya dan KEJARA. Kursus kedua pula adalah lebih kepada bengkel walaupun kami (mungkin pusat latihan yang saya ikuti sahaja) tidak membuat bengkel membuka tayar kereta. Haha

Apa yang lagi menarik, iaitu untuk perbezaan kedua adalah kami perlu mengetahui hampir kesemua komponen kereta yang ada, dari bahagian luar, dalam dan komponen dalam bonet kereta. Dari keadaan fizikal cermin (hadapan, sisi, tingkap), road tax, wiper, bonet, bumper, lampu (kesemua lampu: lampu hadapan, lampu signal, lampu belakang, lampu mengundur, lampu brake dan lampu brake ketiga), pintu (hadapan, belakang, but, tayar (tekanan angin, fizikal dan bunga), dalam but ( amaran segi tiga, jack, tools), dalam bonet: cecair (wiper, brake, radiator ), minyak pelincir, radiator, dip stick, hos, tali sawat dan bateri (kering atau basah). Yang cecair-cecair tu diajar bagaimana untuk melihat sama ada cecair yang ada mencukupi atau tidak. Oh ya, semua yang dinyatakan di atas juga adalah salah satu komponen yang diuji semasa ujian untuk bahagian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).

RPK sahaja belum mencukupi kerana kita akan ada Rutin Sebelum Memandu (RSM) yang saya rasa semua pemandu kompeten pernah buat dulu semasa ujian seperti tentukan sama ada handbrake telah ditarik, gear dalam keadaan bebas, melaraskan tempat duduk, kedudukan stereng yang selesa, tentukan sama ada tali pinggang berfungsi dengan menyentak tali pinggang dan kemudian guna cermin pandang belakang, cermin sisi kiri dan kanan, lampu dan wiper. Tambahan bahagian ini adalah segala jenis lampu amaran yang kamu nampak semasa duduk dalam kereta ( Lampu amaran minyak pelincir, bateri dan handbrake), tolok bahan bakar dan suhu enjin serta takometer (perlu tekan minyak dua kali untuk pastikan takometer berfungsi), hon dan barulah boleh bergerak selepas gear dimasukkan dan handbrake diturunkan. 

Perbezaan ketiga adalah ujian litar. Kalau dahulu, hanya terdapat tiga jenis ujian sahaja dalam ujian litar (bukit, parking sisi dan tiga penjuru) tetapi untuk kurikulum terbaru,  terdapat dua tambahan iaitu ujian selekoh Z dan selekoh S. Agak susah juga untuk permulaan sebab pasti akan terlanggar bendul jalan tetapi lama kelamaan bila dah terbiasa selekoh tu lagi senang daripada bukit, parking sisi dan tiga penjuru. 

Oh ya. Semasa ujian, perlu sentiasa buat CITO ( Tengok cermin belakang, sisi; beri isyarat yang cukup; tengok kiri dan kanan untuk titik buta; buat olah gerak). 

Pengalaman semasa pegawai JPJ hari tu memang mengharu birukan kehidupan. Boleh trauma tak memandu kereta seumur hidup walaupun dah ada lesen kompeten. Untuk ujian litar, pegawai  JPJ dia ada dua orang, seorang untuk ujian RPK ,RSM, selekoh Z dan selekoh S dan seorang lagi menunggu di pondok JPJ untuk ujian bukit, parking sisi dan tiga penjuru. pegawai JPJ ni adalah pegawai JPJ yang paling sporting sebab (okey ini kesilapan bodoh) saya tertukar road tax dengan entah apa lagi satu yang macam road tax juga orang lekat di cermin depan tu. Nasib baik pegawai JPJ tu tegur. Kereta yang digunakan semasa di ujian selekoh pun balik-balik mati enjin tetapi syukur lepas juga sebab bukan mati semasa buat selekoh. Siap kena tanya lagi ada turunkan handbrake atau tidak. Markah lulus untuk ujian litar adalah 56/70. Sini saya dapat *excellent* markah. Haha. Sikit lagi full tapi tiapalah. Yang penting LULUS :D

Lulus ujian litar kemudian ujian lebuhraya. Ini paling gila-pucat-sampai-biru muka kot sebab dapat pegawai JPJ yang garang dan kuat marah serta mempunyai reputasi di sekolah memandu tersebut sebagai seorang yang suka menggagalkan pelajar. Memang psiko gila sebab pelajar yang sebelum saya menangis keluar kereta dibuatnya. Ni bukan menangis dan merayu-rayu minta diluluskan oleh pegawai JPJ macam cerita beberapa orang semasa saya mengikuti latihan memandu di KK, tetapi menangis sebab dimarah teruk oleh pegawai tersebut yang entah kenapa hangin saja sepanjang hari (Lol. Sebab saya pun kena marah sekali sampai tahap sikit-lagi-nak-nangis tapi nasib baik dapat tahan sambil sengih-sengih minta maaf: Maaf Tuan!!). Syukur lulus juga. Yay!!

Itu pun esok baru tahu lulus. Lepas ujian tu dah rasa macam gagal dan roh melayang keluar sebaik sahaja kaki keluar dari kereta. Tahap psiko dia memang tahap tertinggi antara semua pegawai JPJ yang ada tetapi apa-apa pun terima kasih sebab bagi markah 67/80 ( sikit lagi nak gagal: 64/80) untuk Ujian Lebuhraya. Terima kasih tuan. Semoga tuan-tuan semua dimurahkan rezeki walaupun psiko. Patutlah ada orang cakap JPJ di sini psiko. Haha

Ini yang dinamakan sebagai usaha sendiri. Belajar memandu pun guna kereta kancil tutor. Syukurlah juga ujian di sini berbanding di KK. Kalau di KK pun tiada orang untuk hantar dan pinjamkan kereta untuk belajar tambahan. Psiko mana pun di tempat sendiri at least berbaloi sebab lulus dengan sekali cuba (riak sekejap)  :D

Dan sekarang bermulalah kehidupan sebagai pembantu pemandu  di rumah. Hmm.. Harap-harap dapat memandu secara berhemah. Haha

Apa-apa pun syukur kepada Tuhan kerana telah banyak membantu saya sepanjang belajar dan ujian memandu. 

p.s: Ujian guna Viva yang ada power stereng sangatlah menakutkan.

p.s.s: Antara semua kawan-kawan yang sama umur, saya yang paling lambat dapat lesen sebab yang lain semua dah ada lesen kompeten (T . T)

0 comments:

Post a Comment