Wednesday, December 31, 2014

#SUM UP 2014


Credit: Google Image

My 2014 is almost like hell but a little less miserable compares to previous years where everyday was so depressing. Banyak benda berlaku tahun ni macam laptop pecah dekat dekat nak buat kajian tindakan. Haha. Ini lawak gila kot sebab skrin dia hampir tercabut daripada badan tapi masih juga dapat berfungsi sampai sekarang kecuali adalah beberapa faulty (biasalah benda lama. 6 tahun guna kot. Haha). Sekarang di rumah guna laptop extra little Dane dan rasa pelik sikit update blog guna laptop ni sebab balik-balik salah type. Mungkin tak ngam sama butang dia kali so adalah termiss beberapa huruf. LoL

Tahun ni saya punya kehidupan agak sibuk sedikit. Dan juga agak aktif berbanding sebelum ini. Mungkin sebab final year tinggal di Sabah so mulalah banyak buat kerja yang kalau sebelum ni memang jarang mau buat. Haha

Tahun ni saya berpeluang untuk berkenalan bersama beberapa orang baharu, terutamanya dari area Ranau, Keningau sama Beaufort masa ikut BSMM Youth Leadership Camp di ODEC (Outdoor Development Centre), UMS. Masa camping tu juga dapat pergi marine aquarium so nampaklah ikan kerapu yang besar gila. Seronok ikut camp tu sebab hanya jadi fasilitator sahaja (erm.. sebenarnya jadi tukang masak di dapur sama volunteers dari Ranau, Beaufird sama Keningau). Dorang walaupun muda-muda (paling tua umur 21) tapi dorang matang gila kot terutamanya yang dari SEMEKAR. Rasa macam budak-budak banding dorang. Haha

Seronoklah masa tu sebab dapat enjoy, main-main dengan dorang. Masa ni juga baru dapat berkenalan dengan junior satu IPG yang ikut sama camping tu. Rasa macam lawak sebab selama ni tak kenal ( kenal tapi tak bertegur- iya, saya sombong = . =). Rupa-rupanya dorang lawak gila jo. Haha. Lagi lawak dari yang satu batch. Ada juga yang dari IPG Kent. Kebanyakannya adik-adik. Hanya kenal beberapa orang sahaja sebab kebanyakan masa saya adalah di dapur. Ada satu budak tu cute tapi hey, saya tau saya tua, ok. Haha

oh, God. I miss them... :')

Kemudian berpeluang juga naik kapal perang. Haha. Sikit lagi dapat naik kapal selam semasa Hari Armada hari tu tapi sayang sebab hanya dibuka untuk pemenang kuiz di radio Erra (kalau tak silap). Tau ada Hari Armada ni pun sebab buat praktikum di sebuah sekolah dalam kem tu selama 3 bulan. Haha. 4 bulan termasuk internship. Oh, ya. Kami dapat naik kapal layar juga dan perasaan dia heaven gila macam trip pelancongan atas kapal cruise. Haha

Ada juga pergi Taman Buaya di Tuaran. Sebab itu taman buaya so memang banyak buaya lah di sana. Haha. Ada jugalah rabbit di sana. Comel-comel lagi tu. Haha. 

Tahun ni juga first time accident kereta. Ini WOW baget ya sebab sikit lagi tempat saya yang kena langgar. Mungkin Tuhan masih sayang jadi yang kena langgar hanya bahagian pintu belakang. Adalah terhantuk sikit di cermin semasa kena langgar tu. Sampai sekarang masih rasa takut lagi kalau ada kereta terlalu rapat di bahagian kiri kereta yang dinaiki.

Tahun ni juga saya berpeluang main extreme games, macam main high ropes (ini kerja gila. LoL), zip line ( if you ask me, I prefer the one in Kiulu. Lagi siok dari yang di Gaya-Sapi), wall climbing (semput dan tak dapat naik habis sebab tangan berpeluh gila tahap pegang-batu-boleh-tergelincir). Harapan untuk masa hadapan adalah paragliding sama parasailing. Hehe

Kalau pulau, saya prefer Manukan sebab di Sapi saya tak tau mo buat apa di sana. Hari tu saya sama si W mau buat jungle tracking tapi berhenti tengah jalan sebab terdengar ada bunyi something yang mencurigakan (sebab dorang bilang sana banyak wogok) so kami patah balik dengan perasaan hampa. Haha. Tapi Gaya serious cantik. perasaan dia: God, this place is beautiful. How great is Your work, Lord. So, tunggu banyak duit sikit nanti mau bermalam di sana. Haha

Tahun ni juga saya banyak pergi menonton movie sorang-sorang dan pecah rekod saya kebanyakan movie yang saya pergi tonton tu adalah movie yang sebelum ni saya takkan tonton seorang kecuali kalau ada kawan ikut sama so rasa amazinglah juga walaupun dalam hall lebih banyak habiskan masa dengan tutup mata dan tutup telinga sambil mulut tak habis-habis baca doa rosary kalau ada rosary sana entah berapa kali pusing sudah. Lol. Saya jarang tengok movie genre kartun atau romantic sebab it's not even real and wth love is not that simple. Haha

Benda paling last saya buat di KK adalah pergi Muzium Sabah yang boleh jalan kaki saja dari asrama. Ok, ini lucu sebab antara banyak-banyak tempat yang saya pernah pergi, ini adalah tempat yang paling dekat dan tidak perlu transport pun kalau mau lawat. Tapi biasalah manusia ni kan yang dekat di tak pandang pun. Tamahak juga mau jalan jauh-jauh. Haha. Cantik jugalah tu muzium. Banyak barang ceramic dalam. Chinaware, haiwan kena awet, batu. Tidak sempat lawat rumah tradisional sebab masa kami W pergi sana, dorang sedang buat baik pulih bangunan. 

Oh, ya.

Benda yang paling lucu pernah berlaku dengan saya di Sabah selama 5 1/2 tahun di sana, tiap-tiap tahun akan ada orang tanya asal saya dan dorang buat muka terkejut bila saya cakap saya dari Sarawak sebab dorang assume saya orang Sabah asal Keningau. Lols. Even yang satu batch pun. Mungkin sebab saya jarang balik Sarawak masa cuti dan selalu ikut E balik Keningau sebelum ni jadi dorang ingat saya orang Keningau. Haha


*     *     *
This is personal.

Ramai orang bertanyakan soalan yang agak sensitif kepada saya. Iya, masih sensitif untuk saya kerana perasaan bukannya sesuatu yang disertakan bersama suiz tekan, yang kamu boleh seenak-enaknya untuk memilih ON atau OFF. Oh ya, perasaan ni bukan setakat suka sahaja, marah, sedih juga perasaankan. Jangan terlampau sempitkan takrif perasaan tu dengan cinta sahaja.

Manusia juga bukan sesuatu yang kamu senang-senang sahaja discharge dari hidup bila kamu dah bosan. Sebab manusia ada perasaan. Bukan bantal busuk yang bila dah bosan, buat slam dunk, rebound dan kemudian baru dispose. Macam firearm dan magizine. Discharge and dispose after used. Kau marah macam mana pun dengan orang, kau takkan dapat disposed, discharged orang macam tu ja. Kecuali kau manusia tanpa perasaan dan hanya peduli diri kau seorang.

haha. So, masa untuk mengucapkan selamat tinggal untuk 2014 dan selamat datang kepada 2015. Thaanks for the memories, especially to Sabahan yang pernah muncul dalam hidup saya walaupun hanya untuk seketika.


p.s: 

Hi, saya adalah orang yang selalu memerhati kamu dari jauh setiap kali misa Krismas sejak dulu lagi hingga sekarang. Saya tahu bunyi dia macam creepy dan saya rasa kamu pun mungkin sekarang ni sudah ada pasangan hidup sendiri so I wish you all the best for this coming new year. Tahun ni saya tiada peluang tengok kamu macam selalu (haha.. I know you knew) jadi mungkin sampai sini sahajalah jodoh kita, walaupun hanya kenal kamu dari jauh tapi saya rasa bersyukur kerana berpeluang mengenali seseorang seperti kamu :)

Mungkin kamu terlalu baik untuk Tuhan pertemukan dengan saya. haha...

p.s.s:

saya rasa lucu. Masa kita jumpa di IPG kamu buat macam tidak pernah nampak saya sebelum tu. Taukah punya excited jumpa orang satu bangsa satu kampung di KK... Haha

0 comments:

Post a Comment