| Credit: google image |
Aku harap sangat post ini merupakan post terakhir tentang benda-benda peribadi di blog ini. Sebab dari dulu aku perasaan ada sahaja orang condemn kau berdasarkan apa yang kau post tidak kira di facebook, twitter, google+, instagram mahupun blog. Aku rasa blog ini pun tidak terkecuali. Yang aku tahu lima medium ini sahaja sebab aku sendiri guna dan aku sendiri nampak dan baca. Tak semua orang akan suka apa yang kita buat.
Aku perasan memang aku tak dapat lupakan apa yang orang buat, lagi-lagi benda yang menyakitkan hati. Jadi, kadang-kadang aku doakan orang tu dapat balik apa yang berlaku kat aku, supaya dia tahu dan faham apa perasaan aku masa tu. Sebab aku assume bila dia sendiri yang terkena, dia akan faham. Sama macam aku sendiri terkena dan baru aku faham apa perasaan orang yang aku lihat sebelah mata dulu. Benda ni macam aku ada cakap depan-depan dengan seseorang. Tapi apa yang aku nampak, orang tetap tidak akan nampak dan rasa sama macam apa yang aku rasa, walaupun dia sendiri alami benda yang sama. Kadang-kadang aku rasa aku jahat sebab doakan orang macam tu. Nampak sangat aku simpan dendam. Ya, aku memang bukan seorang yang baik pun. Kau lagi baik dari aku kot.
Aku pernah simpan dendam dengan kedua-dua arwah nenek aku. Sampai dua-dua nenek tu meninggal pun aku tak menangis sebab aku tiada sebab untuk menangis selepas apa yang aku rasa dan alami semasa kedua-dua nenek aku masih hidup. Terakhir aku menangis semasa ada orang meninggal adalah semasa datuk aku meninggal sebab arwah datuk aku seorang yang baik. Itupun dah lama. Masa aku masih di sekolah menengah lagi. Aku tak tau kalau aku ni layak dipanggil sebagai cucu atau tidak. Cucu kesayangan memang tidaklah.
Aku tau ada orang yang cakap di belakang: "Drama je lebih. Macamlah innocent sangat". LoL. Jadi aku nak juga cakap kat orang lain: "Pfftt. Macamlah kau innocent gila. Jangan sebab kau ada orang di belakang jadi kau bukakla sayap kau besar-besar? Jangan sebab kau banyak pengaruh kau bolehlah suka-suka cakap pasal orang macam kau baik sangat dan orang pun percaya sebab orang tak nampak apa kau buat?"
Aku tak peduli apa kalau kau terasa. Kalau kau terasa ketara kau pernah buat kat aku, ye dak?
Aku hanya tulis balik apa yang aku rasa selama 23 tahun hidup di dunia secara keseluruhan dan bukannya secara spesifik tentang apa. Siapa. Paling-paling aku cakap pasal tempat. Bercakap mengenai tempat, aku banyak cerita pasal pengalaman dan perasaan aku di Sabah kot sebab pertama kali aku buat blog ni adalah semasa aku tahun pertama di Sabah. Aku excited tengok M ada blog cute dan boleh tulis apa-apa sahaja. Jadi kebanyakan cerita bodoh yang aku tulis dalam ni adalah cerita lima tahun plus beberapa bulan aku di Sabah tidak termasuk cerita bodoh aku masa zaman sekolah.
Harap lepas ni aku busy di sekolah jadi aku tiada masa nak update blog macam sekarang. Jadi tiadalah aku nak buka aib aku sendiri untuk tatapan orang lain. Tiadalah aku nak meroyan di blog macam dulu. Jadi tiadalah orang ada peluang nak bash aku sebab aku tak sama macam orang lain.
W pernah cakap kenapa aku perlu risau sangat apa yang orang lain nak cakap pasal aku di belakang kalau aku sendiri lagi tau apa yang betul, apa yang hanya aku sendiri sahaja yang rasa dan faham?
Aku pun tak tahu nak cakap apa sebab aku rasa setiap orang adalah berbeza dan setiap orang ada kerisauan yang berlainan. Macam aku, aku ada kerisauan tentang orang yang rapat (family, kawan) dengan aku tinggalkan aku, kemudian aku mendapati bahawa benda tu betul-betul terjadi, bukan sebab sangkaan aku betul. Hanya kerana aku terlampau fikirkan dan risaukan benda-benda yang tidak berpatutan sehingga benda tu betul-betul terjadi.
Benda-benda begini bukannya aku boleh switch off/on bila-bila sahaja aku nak. Aku tau aku banyak salurkan otak aku kepada perkara yang entah-entah. Sama macam sekarang juga. LoL.
Sekarang ni aku dah jarang gila buka google+, instagram dan facebook. Sebab aku malas nak tahu pasal orang yang aku kenal. Aku malas jadi hakim untuk kehidupan orang lain. Ada baiknya aku buka blog dan twitter dan baca post orang yang tiada kaitan dengan aku. Orang yang tak kenal aku dan juga sebaliknya.
Oh. S***. Aku nampak ada kilat di luar tingkap. Aku patut sign out duluan sebelum bigbos marah. Karang free je dengar ceramah tak berbayar sementara aku masih bercuti ni. Sampai ketemu lagi. Gosh. Scarynya kilat tu. = . =!!
p.s: aku tak faham kenapa ada orang yang selayaknya dari dulu dikenakan sedition act masih lagi bebas mengucapkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan pepecahan kaum dan agama?
#370



0 comments:
Post a Comment