Olla
Terlampau banyak benda yang saya patut syukuri berlaku dalam tahun ni. Contoh dia macam dapat posting awal, tempat sendiri lagi tu walaupun satu jam lebih dari rumah dengan pilihan sama ada menaiki sampan ataupun menaiki kereta pacuan empat roda ke sekolah. Haha (walhal bukan pilihan pun. Sama ada banjir: naik sampan atau kemarau: naik kereta)
Bersyukur juga dapat rakan sekerja yang sporting, dengan guru besar yang baik hati dan caring dengan semua orang ( buat muka kesian kat guru besar setiap kali nak minta sesuatu. Haha ) , budak-budak yang baik walaupun kadang-kadang rasa nak smack down satu-satu bila sifir pun belum hafal. Atau bila soalan senang pun tak dapat jawab. Atau bila kerja rumah tak siap alasan dia tertinggal di sekolah walhal sekolah sekangkang kera sahaja dari rumah panjang.
Tahun ni juga saya banyak berjalan. Banyak ikut aktiviti sukan. Dan lagi banyak makan. Jangan tanya kenapa saya makin gemuk. Haha
Adalah juga terselit cerita sedih. Macam kena langgar dari belakang masa berhenti di lampu isyarat. Yang ini memang bikin panas hati. Nasib baik tidak terlanggar Alza di depan. Percuma sahaja bayar walhal bukan salah diri. Sudahlah langgar pas tu buat tak bersalah. Damn.
Bila bergaji ni kan, rasa macam tak bergaji pula sebab banyak benda nak dibayar. Kehendak untuk dituruti pun banyak. Nasib baik belum berkahwin. Huru-hara agaknya rumahtangga kalau dah berkahwin nanti.
Christmas is just around the corner. Guess this year too, I'll not be back to kampung. Tiapalah. Crush zaman kanak-kanak sampai besar panjang ni pun dah berkahwin. Sedih pula rasa. Haha
May God bless us. Have a blessed year ahead, fella!
Adios

#399

0 comments:
Post a Comment