Hi. Aku nak merepak hari ni.
Dahla aku ni memang malas bab bab buat fail semua ni. Tambahan pula aku masuk sekolah tu aku tak tau nak buat apa. Rata-rata guru baharu semua. Jadi fail panitia pun tiada. Sekarang masalahnya orang PPD dan nazir tiba-tiba rajin pula datang nak tengok sekolah check semua fail. Agak-agaknya berapa banyak kerja yang aku kena siapkan cuti sekolah ni?
Masalah baharu lagi pula, macam mana aku nak isi tapak pelaporan yang sebelum-sebelum ni. Maksudnya pelaporan zaman batu sebelum aku masuk sekolah ni. Dengan maklumat murid yang sekarang ni aku tinggalkan sahaja di sekolah sebab agak-agaklah wei nak bawa semua fail tu balik rumah nak letak kat mana nanti? Nak bawa keluar satu hal. Nak bawa masuk lagi nanti satu hal. Dengan masalah transport lagi nanti.
Lepas tu aku tak tau mana aku letak proposal aku zaman IPG dulu. Boleh-boleh pula hilang masa gawat macam ni. Baru je nak print balik semua. Ubah sikit supaya sesuai dengan data sekolah. Proposal aku kat mana eh? Dalam pendrive yang dah jadi arwah tu ke?
Harapan aku sekarang ni sekolah banjir tapi tak nak lah banjir teruk. Nanti hilang semua benda yang aku letak je macam tu atas lantai sebab meja aku yang paling kecil dalam sekolah tu berbanding meja guru-guru lain. Biasalah. Bilik guru kecil. Tak dapat letak meja besar.
OK. Sambung banjir. Semoga orang-orang pejabat ni takut nak masuk sekolah sebab guna jalan sungai. Sebab kalau jalan darat sekarang rasa-rasanya memang dah putus. Tiap-tiap hari hujan. Lagipun hari tu dah nampak teruk dengan lubang dan lurah yang dalam di mana-mana.
Sebenarnya tahun depan tu aku tak yakin sekolah dapat kekalkan GPS 1.0.
Kenapa? Sebab budak-budak tahun depan liat kot nak belajar. Dengan alasan berjela. Dengan mak bapak yang tak nak bagi kerjasama.
Harap-harap kalau GPS nak turun pun janganlah turun banyak sangat. Nanti pening lagi kepala kena bom di PPD.
Tapi kalau Matematik memang dah nampak masa depan tahun depan. Tahu ni dua kali ujian dua kali gagal. Aisehmen, Boleh botak kepala, yu.. yu..
Bila result sekolah terlampau cemerlang jadi masalah. Apatah lagi kalau tak cemerlang.
Aku rasa macam aku nak lari je dari sekolah. HAHA
Selama ni aku fikir tugas guru megajar sampai anak orang jadi pandai.
(T . T)
#400



0 comments:
Post a Comment