Aloha.
Sekarang ni tengah demam teruk dengan hidung bunyi "sniff..sniff" dari tadi serta batuk yang berpanjangan selepas sahaja hari terakhir persekolahan bermula (Jumaat lepas). Ngam lagi kena lepas jumpa PPD (yang tidak garang tetapi serius menakutkan.. Huhu). Hebat betul penangan encik tu. Huhu..
Plan nak ke KK masa kahwin c Marcy pun tak tertunai. Kerja banyak gila dan tambah lagi kerja part time sebagai bridesmaid tak berbayar jadi kenalah ikut bakal pengantin cuba baju nanti Jumaat datang.
Semalam ke pejabat PPD sekejap hantar borang/surat/laporan dan akhirnya ditangkap ketika menghantar XXX ke UPA. Siap kena soal siasat lagi betul tak si anu bin anu tak datang sekolah lama dah. Haha...
Memang lama dah tak masuk kelas cikgu tapi itulah, ada surat JPNS. Nak halang macam mana kalau disokong oleh JPNS. huhu..
(Lupa nak tambah gara-gara ketua koranglah aku demam sampai hari ni tak kebah-kebah...)
Sekarang ni sebab otak tengah lagging sebab CPU bermasalah, jadi masa lebih banyak dibuang dengan tidur, membaca benda online dan merapu di wechat. Ahh.. Sudah. Bila kerja nak siap? Sekali sekala tu adalah juga cuba membuat kerja walaupun tak lama kemudian otak kembali lag.
Balik sekolah nanti lagi stress jumpa budak tahun 6 yang tak sedar diri UPSR tahun ni. HMMM. Belum lagi dengan PPD yang sekarang ni suka sangat masuk sekolah check file sekali file tiada. HAHA!
Oh Tuhan kenapa PPD tiba-tiba rajin masuk sekolah ni??? ( T .. T)
#413



0 comments:
Post a Comment