Thursday, June 2, 2016

#414

Aloha

Sekarang ni aku tengah sibuk balik baca semua pekeliling sekolah yang ada di website moe tu sebab lepas cuti gawai ni nanti ada ura-ura yang menyatakan bahawa ada penilaian di PPD dan oleh sebab itu aku kena sedia awal sebelum nanti bila ketua tanya taklah juga aku blur dan kena hembur terus depan-depan. 

Masa aku tengah baca pekeliling tiba-tiba aku teringat semalam. Ada orang tanya macam mana aku jadi cikgu? Entah kenapa aku rasa soalan ni sangat pelik sebab takkan selama ni orang tak perasan ada pengambilan kemasukan ke IPG? Atau maktab masa zaman aku masih lagi belajar di sekolah menengah. Orang yang macam ni lah yang selalu persoalkan nanti kenapa budak IPG boleh posting awal tapi budak keluaran Universiti lain yang ambil bidang pendidikan belum posting lagi. 

Aku malas nak jawab soalan kenapa yang ambil pendidikan belum posting sebab aku bukan keluaran universiti. Aku tau pasal keluaran IPG sahaja. 

Kemudian orang tanya aku tentang Teach For Malaysia. Yang ni aku memang tak tau apa-apa sebab:

  1.  aku hari kerja tinggal dalam hutan yang tiada liputan internet mahupun liputan talian. 
  2.  aku kalau di sekolah memang tak buka FB (sebab aku dengar benda ni banyak meluas dalam     FB).
  3.  aku bila dah masuk bandar aku ada lagi banyak kerja nak buat selain daripada upload gambar,   update status walaupun kadang-kadang ada juga aku upload dan buat status bodoh di FB. Kalau buka pun aku lebih banyak check page KGM atau EduShare@bumi pendidikan sebab kerja aku ada banyak kaitan dengan page tu.
Aku menyampah gila dengan orang yang tiada latar belakang pendidikan jadi guru ganti kemudian buat hal di sekolah dan berlagak tahu semua. Bukan apa sebab aku kenal seorang dua dan bila orang macam ni ada buat kes semua guru yang tak buat hal pun kena sekali. 

Ah. Sudah. tiba-tiba teringat kena buat fail. Dan fail aku sekarang banyak lompong sana sini. 

Adios.


p.s: 

Mala jak grumpy kinek. Dengan demam dan banyak kerja lagi aku rasa mood swing aku makin teruk. 

0 comments:

Post a Comment