Saturday, June 18, 2016

#415

LOL

Aku rasa aku stress gila sampai tahap dengan pegawai penyelia S di PPD pun aku boleh merajuk sekarang. Nasib baik dia ni baik sikit. Tak jadi bawa gaduh. BTW jangan salah faham. Dia tua banyak dari aku kot. Belas tahun.

Sebenarnya aku tengah sakit hati sebab sekarang ni sekolah tengah kurang guru. Bulan lepas kan ada pertukaran duka lara guru. Memandangkan aku seorang saja yang boleh sahkan permohonan pertukaran guru untuk setakat ni di sekolah, jadi aku pun dibrainwashkan oleh pegawai penyelia N di PPD untuk menolak permohonan dari sekolah kami. Alasannya sama macam atas tu tadi: kami kurang guru dan kebodohan apakah itu melepaskan guru untuk keluar dari sekolah apabila tiada guru lain pun nak mohon masuk sekolah??

Sekali awal bulan ni semak balik terlepas seorang. OH TUHAN. 

Persoalannya sekarang: siapa nak AJAR BM TAHUN 6??

Persoalan kedua: CAKAP KAMI KURANG GURU, HABIS TU TARIK GURU TAHUN 6 KAMI KELUAR UNTUK APA??

Aku tak salahkan Penyelia N tu sebab tu memang realiti kami di sekolah. Guru tak cukup jadi siapa yang akan mengajar nanti kalau banyak guru hilang dari sekolah?

Tapi aku salahkan orang yang guna CABLE ni keluar. TAK SABAR TUNGGU AKHIR TAHUN EHHH NAK PINDAH?


0 comments:

Post a Comment