Monday, November 21, 2016

#423

Hi.

Result UPSR dah keluar dan seperti yang disangkakan memang berderetlah "C" budak-budak tu bagi kat aku. Aku taklah juga pandang rendah dorang tapi realiti jo dorang boleh dapat lebih baik daripada tu. Damn. Sikit lagi aku nak nangis tengok result dorang (padahal budak-nudak tu tengah bersorak sebab tak gagal-which mean lebih baik lagi lah kan berdasarkan sejarah ujian maths dorang yang tak pernah lulus)

Aku pula yang emo lebih tengok result tu sebab aku tau dorang memang dapat buat at least "B" lah sebab dorang pandai kot. Bukan pandai kot, pandai banyak. Hanya malas membaca sahaja. Saturang tu pula memang lambat. 

Aku masih lagi dalam mode berdukacita sebab ya lah dah ko ajar subjek major ko tapi ko tak dapat capai target ko at least "B". AT LEAST B JO. Senior yang tak ajar major pun dapat result bagus dari aku. ( T .T )

Dan sekarang ni aku rasa macam nak berhenti kerja sebab down gila dengan gred dorang. Aku rasa macam nak sambung belajar sepenuh masa sebab aku nak lari dari sekolah. Dari budak-budak. Result UPSR tahun ni buat aku pertimbangkan balik apa yang lecturer pembimbing aku pernah bagitau masa praktikum pertama di SK L* Y*, Likas. Aku sebenarnya tak sesuai pun jadi guru. Dan lecturer tu , MR.R suruh aku pertimbangkan untuk jadi guru. 

Persoalannya:

Patut tak aku give up sekarang ni?

credit: google image

0 comments:

Post a Comment