Hi there!
Aku tau tiada orang baca dan aku suka. Maksudnya aku boleh meroyan di sini tanpa batas. Sekarang aku tengah pening macam mana nak urus seorang budak yang bukan warganegara untuk masuk sekolah Tahun Satu tahun depan.
Budak tu sebenarnya anak seorang bapa warganegara tetapi ibu bukan warganegara. Tak tahu mana sikap budak tu jadi bukan warganegara dan bapa tiada maklumat. Padahal yang report ke jpn untuk buat sijil lahir tu bapa dia sendiri kot.
Paling kasianlah budak macam ni sebab apa-apa keistimewaan yang patut dia dapat dari kerajaan dia tak layak dapat. Duduk UPSR pun tak layak. Check kesihatan pun tak layak kecuali ibubapa sanggup bayar untuk dapatkan perkhidmatan.
Ke hadapan ibubapa yang ada pasangan bukan warganegara tu tolong pastikan anak tu warganegara. Ibubapa sendiri juga yang susah nanti uruskan semua. Hmm. Anak tu ada hak kot untuk dapatkan pendidikan. Kalau kaya tiapalah hantar saja ke sekolah swasta. Atau bayar sahaja bayaran yang perlu dibayar.
#ROYAN



0 comments:
Post a Comment